Trump desak Zelensky tandatangani Perjanjian Nadir Bumi

1 hour ago

Trump desak Zelensky tandatangani Perjanjian Nadir Bumi
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, agar menandatangani perjanjian bahan mentah penting, lapor agensi berita Jerman (dpa). "Ukraine yang dipimpin oleh Volodymyr Zelensky masih belum menandatangani dokumen akhir Perjanjian Nadir Bumi yang sangat penting dengan Amerika Syarikat. "Ia sudah tertangguh sekurang-kurangnya tiga minggu," kata Trump di platform media sosialnya, Truth Social, ketika dalam perjalanan ke Rom bagi menghadiri pengebumian Paus. Kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman mengenai perjanjian itu minggu lalu. Dokumen itu menyatakan bahawa teks penuh perjanjian akhir sepatutnya dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Sabtu, 26 April. Setakat ini, masih belum jelas sama ada pemeteraian akan berlaku pada tarikh ditetapkan atau apakah status terkini perjanjian itu. Perjanjian berkenaan bertujuan memberi Amerika Syarikat akses kepada sumber mineral Ukraine, khususnya unsur nadir bumi yang penting dalam industri berteknologi tinggi. Bagi pihak Ukraine, perjanjian berkenaan dilihat sebagai peluang mengukuhkan hubungan perlindungan jangka panjang dengan Washington - namun pentadbiran Trump masih belum memberi komitmen rasmi dalam hal itu. Memorandum persefahaman itu turut menekankan bantuan kewangan dan material penting yang disalurkan AS kepada Ukraine sejak pencerobohan penuh Rusia pada 2022, memberi isyarat bahawa Kyiv mungkin perlu menggunakan mineral kritikal sebagai bentuk timbal balik. Percubaan awal untuk memeterai kerangka perjanjian pada akhir Februari gagal selepas Trump dan Naib Presidennya JD Vance, bertelagah dengan Zelensky di Rumah Putih. - Bernama/dpa ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description