Pengebumian Paus Francis di Vatican disaksikan 140,000 orang

1 hour ago

Pengebumian Paus Francis di Vatican disaksikan 140,000 orang
ROM - Kira-kira 140,000 orang berkumpul di sekitar Dataran St Peter di Vatican bagi menghadiri pengebumian Paus Francis, menurut agensi berita Itali, ANSA, pada Sabtu. Pengebumian di Basilika St Peter bermula pada pukul 10 pagi (0800 GMT), dengan kehadiran pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. Keranda Francis dibawa keluar dari Basilika St Peter ke dataran dan diletakkan di hadapan altar. Orang ramai memenuhi Dataran St Peter serta jalan-jalan berhampiran yang menuju ke Vatican. Selepas Misa, keranda Paus akan dibawa semula ke dalam Basilika St Peter sebelum satu perarakan diadakan ke Basilika Saint Mary Major, tempat yang sering dikunjungi beliau sepanjang 12 tahun pentadbirannya sebagai Paus. Puluhan ribu orang dijangka memenuhi laluan sejauh enam kilometer melalui pusat bandar raya Rom, yang akan melalui tempat-tempat terkenal seperti Piazza Venezia dan Colosseum. Orang ramai turut memenuhi kawasan di hadapan tempat pengebumian itu, beberapa jam sebelum keranda Francis dijangka tiba sekitar pukul 1 tengah hari. - Bernama ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description