Kasih sayang dua ibu, doa keluarga rahsia raih 8A
1 hour ago
KUANTAN – Kasih sayang tanpa batas daripada dua insan bergelar ibu dan doa tidak putus-putus daripada keluarga menjadi rahsia kejayaan Muhammad Firas Muhammad Faiz, 18, yang memperoleh keputusan 8A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Lebih membanggakan, anak ketiga daripada 11 beradik itu bukanlah pelajar cemerlang sewaktu di sekolah rendah apabila gagal meraih sebarang A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), namun berjaya mencipta kejayaan luar biasa di peringkat menengah.
Bapanya, Muhammad Faiz Hashim, 44, berkata, segalanya berubah apabila Firas berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur ketika di Tingkatan Empat dan tinggal bersama neneknya.
"Setiap malam Firas akan melakukan solat hajat dan berdoa manakala datuknya pula sentiasa memberi bimbingan dan nasihat untuk membentuk disiplin belajar.
"Kami sekeluarga, termasuk nenek, ibu kandung dan ibu kedua Firas, tidak pernah berhenti memberikan doa dan sokongan moral. Malah, hadiah seperti buku rujukan daripada adik-beradik saya turut menjadi pembakar semangat buatnya," katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Muhammad Faiz yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota berkata, kekuatan sebenar anaknya lahir daripada suasana harmoni yang dicipta bersama dua isterinya, Syarifah Nor Fadhilah Syed Mohd Idris, 44, dan Nik Noor Syuhada Kamarudin, 39.
Jelasnya, kedua-dua isteri melayan semua anak tanpa sebarang perbezaan.
"Isteri kedua saya menerima anak-anak isteri pertama seperti anak sendiri, dan mereka berdua turut bersama-sama meraikan kejayaan Firas di sekolah.
"Nilai kasih sayang, perhatian dan keharmonian dalam keluarga inilah yang menjadi benteng kekuatan emosi Firas untuk bangkit dan berjaya," ujarnya.
Mengulas mengenai rutin harian anaknya, Muhammad Faiz berkata, Firas menyusun semula kehidupannya secara lebih tersusun demi mengejar kejayaan.
"Firas buang semua permainan video dan mula menyiapkan kerja sekolah pada waktu siang.
"Selepas solat Isyak, dia akan tidur awal dan bangun pada jam 3 pagi untuk mengulang kaji serta menjawab soalan-soalan percubaan SPM tahun-tahun lalu.
"Selepas solat Subuh, dia terus bersiap ke sekolah. Itu menjadi rutin hariannya setiap hari," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️