Anak sorok mayat bapa dalam almari selama dua tahun

1 hour ago

Anak sorok mayat bapa dalam almari selama dua tahun
TOKYO - Seorang lelaki bertindak menyembunyikan mayat bapanya dalam almari di rumah selama dua tahun. Perbuatan lelaki itu terbongkar baru-baru ini, sekali gus mencetuskan siasatan pihak polis. Nobuhiko Suzuki, 56, dilaporkan tidak membuka restoran Cina miliknya di Tokyo selama seminggu, menyebabkan jiran tetangga bimbang dan menghubungi pihak berkuasa, lapor Fuji News Network. Apabila polis tiba untuk membuat pemeriksaan, mereka menemui rangka bapanya di dalam almari. Suzuki didakwa menyembunyikan mayat tersebut sejak bapanya meninggal dunia pada Januari 2023 ketika berusia 86 tahun. Walaupun punca kematian bapanya masih belum dapat dipastikan, Suzuki mendakwa dia pulang ke rumah dan menemui bapanya sudah tidak lagi bernyawa. "Kos pengebumian terlalu mahal," katanya ketika menjelaskan tindakan tersebut. Pihak berkuasa turut mendedahkan bahawa Suzuki kini disiasat atas dakwaan menyeleweng wang pencen bapanya. Dia juga dilaporkan berasa bersalah pada mulanya, namun kemudian mendakwa lega kerana menyalahkan bapanya atas nasib yang menimpanya. Kes itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet di Jepun. Ada yang percaya Suzuki sengaja mahu terus mengutip pencen bapanya, namun ada juga yang bersimpati dengan situasi dihadapi lelaki tersebut. "Dia cuma seorang lelaki jahat yang sembunyikan mayat bapanya demi mendapatkan pencen," kata seorang pengguna. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description