Ulasan Lenovo Legion Tab Gen 3 - Kecil-Kecil Cili Api
1 day ago

Bermula dengan rekaan tablet ini, ia hadir dengan paparan skrin PureSight bersaiz 8.8 inci dengan resolusi 2560×1600 pixel dan kadar segar semula 165Hz. Paparan skrin ini juga hadir dengan nilai kecerahan 500 nit, menjadikannya sebuah tablet yang mempunyai skrin yang sangat cerah.

Ia juga dilengkapi kamera dwi-lensa 13MP dan 2MP di bahagian belakang, dan kamera swafoto dengan resolusi 8MP di bahagian hadapan. Kualiti gambar yang diambil kamera ini adalah biasa sahaja, dan pada hemat saya, ditawarkan pada peranti ini untuk mencukupi syarat sebagai sebuah peranti pintar sahaja.

Dari segi spesifikasi pula, tablet ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, yang merupakan cip pemprosesan peranti pintar mercu pada penghujung tahun 2023 dan sepanjang tahun 2024. Ia juga hadir dengan memori sebanyak 16GB dan storan dalaman sebesar 512GB. Sayangnya untuk tablet ini, ia tidak hadir dengan sebarang slot pengembangan storan, ataupun sokongan untuk sambungan selular.

Saya juga perlu mengatakan bahawa spesifikasi ulasan model yang dihantar kepada saya untuk ulasan (16GB memori, 512GB storan) adalah berbeza dengan apa yang ditawarkan pada laman web Lenovo Malaysia (12GB memori, 256GB storan).
Tablet kecil ini hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aloi aluminum yang membolehkannya hadir dengan rekaan yang serba ringan dan juga nipis. Dengan berat 350g dan ketebalan 7.79mm, tablet ini cukup padat untuk anda memuatkannya bukan sahaja didalam sebuah beg galas, tetapi juga beg tangan jika anda seorang wanita.
Butang kuasa dan pelaras kelantangan audio terletak di bahagian sisi kanan, dan menariknya, tablet ini hadir dengan dua palam pengecasan USB Type-C, satu di bahagian sisi kiri, dan satu lagi di bahagian bawah tablet ini, sekiranya kedudukan tablet ini adalah secara menegak.

Kedua-dua palam pengecasan tablet ini hadir dengan sokongan untuk pengecasan PowerDelivery 65W, tetapi hanya palam di bahagian bawah juga menyokong sambungan DisplayPort Alt yang boleh melanjutkan output paparan ke skrin yang lain.
Palam-palam ini juga menyokong ciri pengecasan pass-through, yang bermakna bahawa tablet ini boleh beroperasi melalui bekalan kuasa daripada alat pengecasan dan tidak akan mengecas bateri. Ciri ini sedikit sebanyak mengurangkan kebarangkalian bateri 6550mAH tablet ini hilang kebolehan menyimpan cas apabila dibiarkan dalam keadaan mengecas untuk jangka masa yang lama.




Tablet Legion Tab Gen 3 juga hadir dengan aksesori-aksesori tambahan seperti rangka penutup yang juga berfungsi sebagai tapak untuk menegakkan tablet dan juga pelindung skrin yang boleh dipasang sendiri oleh pengguna.
Pengalaman PenggunaSebagai sebuah peranti riadah, Lenovo Legion Tab Gen 3 ini memenuhi beberapa keperluan saya yang mungkin agak spesifik. Pertama ialah ia sebuah peranti pintar yang hadir dengan saiz yang lebih besar daripada telefon pintar, tetapi masih cukup kecil untuk saya bawa kemana-mana bersama saya.

Kedua ialah ia mempunyai cip pemprosesan yang berkuasa, dan bateri yang besar untuk saya gunakan untuk pelbagai jenis riadah, seperti menonton atau menstrim video atas talian, bermain permain mudah-alih kegemaran saya, dan sebagai cara untuk saya menjenguk jadual harian dan juga emel kerja.

Di pejabat, saya akan menggunakan tablet ini sebagai paparan sekunder untuk membolehkan saya melihat emel-emel yang baru masuk. Ini membolehkan saya memasukkan jemputan ke acara-acara pelancaran, berita penting dan sebagainya tanpa perlu menukar fokus kepada perisian emel pada komputer riba saya sendiri.
Ini hanyalah perkara kecil, tetapi bagi saya ia membantu saya mengagihkan perhatian saya dengan lebih cekap.

Kedua, saya juga menggunakan tablet ini sebagai cara untuk melakukan aktiviti harian dalam permua kegemaran saya seperti Honkai Star Rail dan Wuthering Waves. Kebiasaannya saya akan memainkan permainan-permainan ini pada konsol PlayStation 5 ataupun komputer riba saya, tetapi pada hari-hari mana saya malas mahu menggunakan konsol tersebut, saya kini menggunakan tablet Legion Tab Gen 3 sahaja untuk melengkapkan aktiviti harian di atas katil sahaja ataupun di ruang tamu.

Dengan Honkai Star Rail, tablet ini cukup berkuasa untuk menggerakkan permua tersebut pada spesifikasi tertinggi dengan kadar segar semula 60FPS (had permainan), akan tetapi untuk Wuthering Waves, untuk saya mendapatkan kadar segar semula sekitar 50-55FPS, saya perlu menurunkan tetapan grafik permainan ke tahap sederhana, menjadikan butiran grafik permainan ini tidak begitu cantik, tetapi boleh dimainkan pada kadar bingkai lebih tinggi.
Lenovo Legion Tab ini juga adalah sebuah tablet yang cukup baik sebagai peranti untuk menonton video ataupun untuk menstrim rancangan televisyen dan filem kegemaran anda. Ya, tablet ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 8.8 inci sahaja, tetapi katakan anda berada di luar, samada didalam bas, kereta api ataupun penerbangan, tablet ini mempunyai saiz yang sempurna untuk situasi-situasi sebegitu.

Kualiti paparan ini juga digabungkan dengan pembesar suara yang cukup lantang sekali untuk saiznya. Label Dolby Vision dan Atmos bukan sekadar hiasan, malah, untuk saiznya yang kecil, saya cukup terkejut dengan betapa kuatnya pembesar suara pada tablet Legion Tab ini.
Malah, kelantangan bukan satu-satunya kualiti yang saya dapat dengari pada pembesar suara tersebut. Kualiti dari segi treble dan juga bagaimana kualiti audio tidak pecah apabila pembesar suara menghampiri output maksima adalah sesuatu yang cukup mengujakan bagi saya. Tetapi jika ada satu kekurangan pada ciri ini ialah bunyi bass yang terhad. Tetapi dengan saiz dan kegunaan peranti ini,

Satu lagi kekurangan dari segi audio ialah tablet ini tidak mempunyai palam audio 3.5mm, jadi jika anda mahu menggunakan fon kepala ataupun telinga dengan tablet ini perlu menggunakan aksesori dengan sokongan untuk sambungan Bluetooth dengannya.
Dalam pengalaman saya menggunakan tablet ini juga, saya mendapati bahawa jangka-hayat bateri tablet ini sebenarnya agak panjang juga. Apabila saya memainkan permainan seperti Honkai Star Rail ataupun Etheria Restart yang baru sahaja keluar, saya boleh dapatkan kira-kira 6-7 jam penggunaan berterusan, manakala untuk perkhidmatan penstriman video seperti YouTube, Netflix dan HBO Max, jangka-hayat bateri adalah kira-kira 9-10 jam.
Dari segi pengecasan pula, saya dapati bahawa pengecasan 65W tablet ini boleh mengecas tablet dari kosong ke penuh dalam masa kira-kira satu jam sahaja, yang bagi saya adalah cukup pantas.
Skor Penanda-ArasIni adalah skor penanda-aras untuk prestasi tablet Lenovo Legion Tab 8.8 Gen 3.
GeekBench 6 CPU Test




Apabila anda membeli sebuah tablet Lenovo Legion Tab Gen 3, ini adalah apa yang anda akan dapat didalam kotak produk ini:
1x Lenovo Legion Tab Gen 3 1x kepala pengecas 65W 1x kabel USB Type-C ke Type-C 1x rangka penutup tablet 1x pelindung skrin 1x manual pengguna PenutupPada harga RM2199, Lenovo Legion Tab Gen 3 ialah sebuah tablet kecil yang hadir dengan spesifikasi cukup berkuasa. Jika anda sedang mencari sebuah tablet padat yang berkuasa, ia adalah salah satu daripada tablet di pasaran sekarang yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk beli.

Cuma, ia hadir dengan sejumlah kekurangan yang boleh saya katakan adalah agak ketara juga, seperti ketiadaan palam audio 3.5mm dan juga slot pengembangan storan MicroSD, khususnya apabila storan peranti hanyalah sebesar 512GB. Untuk penggunaan biasa, jumlah storan ini mungkin mencukupi, tetapi jika anda mahu menggunakan tablet ini sebagai peranti permua dan riadah anda, anda mungkin perlu memikirkan dulu permua dan perisian apakah yang boleh muat di dalam peranti ini.
Buat masa ini hanya , dan Lenovo Malaysia masih belum mengesahkan lagi jika model dengan memori dan storan yang lebih tinggi akan ditawarkan kelak.
Pro:
Rekaan tablet yang padat Jangka-hayat bateri yang panjang Cukup berkuasa untuk aplikasi permua moden Ciri-ciri berguna untuk gamer Paparan yang terang Pembesar suara kuatKontra:
Tanda harga tidak berapa mesra Tiada pilihan pengembangan storan Tiada palam audio 3.5mm
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free