DRB-HICOM Melancarkan New Energy Asia - Menyediakan Infrastruktur Pengecasan Berjenama Lotus Hasil Usahasama Hangzhou Flash Charge
1 day ago

Syarikat New Energy Asia Sdn Bhd ini akan mula menyediakan pengecas kereta AC dan DC dibawah jenama Lotus. Sebanyak 4 jenis pengecasan yang akan dijual mereka dengan 2 daripadanya merupakan AC 7-22kW dan dua daripadanya merupakan DC 30-60kW serta DC 120-240 kW. Pengecas ini juga dibina dengan sistem pengudaraan yang disesuaikan mengikut iklim Malaysia, dan boleh beroperasi dalam pelbagai keadaan termasuklah sekiranya diletakkan di luar bangunan. Mereka turut mempunyai pengecas yang menggunakan penyejukan cecair, yang membolehkan pengecasan setinggi 450kW dilakukan dan ini membolehkan kereta elektrik yang menyokong senibina pengecasan 800V untuk mengecas 10-80% dalam masa 14 minit.


Menerusi usahasama ini juga menyaksikan beberapa kolaborasi New Energy Asia bersama Malakoff Green Solutions, Future Fuelling Malaysia, serta Pro-NET yang juga bertanggungjawab dalam memasarkan kereta elektrik SMART. Perjanjian pengedaran pula akan dilakukan oleh DRB-HICOM Mechatronics, dan hakmilik pengedaran ini turut merangkumi rantau ASEAN dimana mereka bertanggungjawab terhadap infrastruktur pengecasan ini. Lebih dari itu, New Energy Asia juga akan turut memasarkan sistem storan tenaga, jadi mungkin kita juga boleh melihat usahasama ini akan dapat menyemarak peralihan tenaga di Malaysia.

Sebagai usahasama yang juga merupakan anak syarikat DRB-HICOM, berkemungkinan kita akan dapat melihat integrasi penawaran New Energy Asia dalam syarikat yang lain seperti Pos Malaysia yang turut mempergiat inisiatif karbon sifar mereka dalam armada pengeposan mereka, pegangan mereka dalam industri automotif yang lain, dan ini termasuklah EON yang turut memasarkan kereta elektrik seperti Smart, Audi, dan bermacam lagi.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free