Iran segera lantik pengganti komander kanan gugur syahid
1 day ago
TEHERAN - Rancangan jahat Israel untuk menghapuskan kepimpinan tertinggi tentera Iran tidak berjaya apabila pengganti pemimpin yang gugur syahid diumumkan serta-merta pada Jumaat.Pemimpin Agung, Ayatollah Khamenei melantik Seyyed Abdolrahim Mousavi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera bagi menggantikan Mejar Jeneral, Mohammad Hossein Bagheri yang terkorban dalam siri serangan dilancarkan Zionis.Beliau turut menamakan Mohammad Pakpour sebagai Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) untuk menjadi pengganti Mejar Jeneral, Hossein Salami.Beliau juga menaikkan pangkat Ali Shademani kepada Brigadier Jeneral untuk mengambil alih jawatan Mejar Jeneral, Gholam Ali Rashid sebagai Komander ibu pejabat Khatam al-Anbia yang menyelaraskan operasi bersama pasukan tentera Iran.Rangkaian media melaporkan sekurang-kurangnya 20 komander kanan yang merupakan 'orang kuat' Teheran termasuk Komander Pasukan Aeroangkasa, Amir Ali Hajizadeh menjadi korban kempen pengeboman Israel yang jelas bertujuan mahu melumpuhkan 'pertahanan' negara itu. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️