PLUS buka lorong tambahan di Plaza Tol Rawang Selatan

1 day ago

PLUS buka lorong tambahan di Plaza Tol Rawang Selatan
SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka lorong tambahan di Plaza Tol Rawang Selatan (Exit 115) pada 10.45 pagi Jumaat.PLUS memaklumkan, pembukaan lorong tambahan itu dijangka dapat melancarkan aliran trafik di plaza tol berkenaan, khususnya bagi pengguna yang menuju ke Gamuda Gardens dan Kundang.Menurutnya, trafik harian di Plaza Tol Rawang Selatan kini telah mencatat hampir 29,000 kenderaan sehari."Langkah ini dijangka mampu menyuraikan antara 14 hingga 19 peratus trafik sedia ada pada waktu puncak."Peningkatan ini memberi impak positif bukan sahaja kepada komuniti sekitar Gamuda Gardens, tetapi juga kepada penduduk di kawasan sekitar seperti Rawang, Kundang dan Sungai Buloh serta pengguna harian Lebuhraya Utara-Selatan secara keseluruhan."Dengan adanya tiga lorong tambahan di plaza tol ini, aliran trafik dapat diagihkansekali gus menjimatkan masa perjalanan, mengurangkan tekanan dan memberi lebihkeselesaan kepada pengguna lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan.Dalam pada itu, PLUS berkata, inisiatif itu telah direalisasikan hasil kerjasama erat serta sokongan berterusan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR), PLUS dan juga pihak pemaju, Gamuda Berhad."PLUS merakamkan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat atas komitmen dan kepercayaan yang telah diberikan."PLUS akan terus berusaha untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur lebuh raya serta kemudahan fasiliti selari dengan nilai korporat PLUS yang mengutamakan aspek keselesaan, keselamatan dan kelestarian komuniti di sepanjang jajaran lebuh raya kendalian," ujarnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description