Niaga hadapan emas melonjak berikutan ketengan geopolitik

1 day ago

Niaga hadapan emas melonjak berikutan ketengan geopolitik
KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat berikutan kebimbangan geopolitik yang kembali memuncak disebabkan serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear Iran.Konflik itu telah merangsang permintaan terhadap aset-aset selamat iaitu emas.Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran sudah menunjukkan momentum kenaikan harga selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah awal minggu ini meningkatkan harapan terhadap pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed)."Gabungan risiko geopolitik yang semakin meningkat dan latar belakang makroekonomi yang cenderung untuk menurunkan kadar faedah telah menyemarakkan permintaan terhadap emas," katanya kepada Bernama.Kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada AS$3,430.2 (RM14,562.91) setiap auns troy daripada AS$3,368.5 (RM14,300.97) setiap auns troy pada Khamis, manakala kontrak Julai 2025 naik kepada AS$3,438.7 (RM14599.00) setiap auns troy daripada AS$3,377.0 (RM14,337.05) setiap auns troy semalam.Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 masing-masing mengukuh kepada AS$3,458.2 (RM14,681.79) setiap auns troy daripada AS$3,396.5 (RM14419.84) setiap auns troy sebelum ini.Jumlah dagangan meningkat kepada 56 lot berbanding 44 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 50 kontrak daripada 69 kontrak sebelumnya.Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 12 Jun, harga emas fizikal berada pada AS$3,391.4 (RM14,398.19) setiap auns troy. - Bernama  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description