Israel lancar lagi serangan ke atas Iran
1 day ago
ISTANBUL - Israel sekali lagi melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran pada Jumaat, susulan serangan besar-besaran awal pagi tadi, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.Press TV Iran melaporkan bahawa Israel menyerang kawasan berhampiran Lapangan Terbang Tabriz di barat laut Iran, dengan bunyi letupan kedengaran di kawasan itu.Televisyen rasmi Iran turut melaporkan bahawa bandar selatan Shiraz serta tapak pengayaan uranium di Natanz - kemudahan utama dan terbesar negara itu - turut menjadi sasaran serangan Israel.Sementara itu, sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh manakala 329 lagi cedera dalam siri serangan awal pagi Jumaat, lapor media tempatan."Angka tidak rasmi korban akibat serangan pengganas rejim Zionis di wilayah Tehran pada Jumaat dianggarkan 329 cedera dan 78 syahid," lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita separa rasmi Iran, Fars.Israel melancarkan serangan berskala besar pada awal Jumaat dengan menghantar kira-kira 200 pesawat untuk menyasarkan program nuklear Iran dan keupayaan peluru berpandu jarak jauhnya.Beberapa pegawai kanan tentera dan ahli sains nuklear Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan itu.Iran telah berikrar untuk mengambil "tindakan balas yang keras" dan menyeru agar Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan bagi menuntut Israel bertanggungjawab atas tindakannya. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️