Tiada makna rundingan nuklear dengan AS, kata Iran

1 day ago

Tiada makna rundingan nuklear dengan AS, kata Iran
TEHRAN - Kerajaan Iran berpendapat bahawa tiada lagi tujuan untuk meneruskan rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) susulan serangan besar-besaran Israel terhadap kemudahan negara itu, menurut Kementerian Luar Iran seperti dilaporkan agensi berita Jerman (dpa).Jurucakap kementerian, Ismail Baghai, dilaporkan berkata oleh agensi berita Tasnim bahawa pendirian AS adalah bercanggah apabila mendakwa mahu berunding, namun dalam masa sama membiarkan Israel mencabuli kedaulatan wilayah Iran.Washington dan Tehran telah mengadakan rundingan selama kira-kira dua bulan berhubung program nuklear Iran yang dianggap kontroversi, namun rundingan itu kebelakangan ini dilaporkan tidak menunjukkan sebarang kemajuan.Pusingan rundingan baharu dijadualkan berlangsung Ahad ini di Oman. Namun, selepas serangan pada Jumaat, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi yang mengetuai rundingan bagi pihak Tehran, setakat ini belum mengesahkan atau membatalkan rundingan tersebut.Sementara itu, agensi berita rasmi IRNA memetik Baghai sebagai berkata: "Masih belum jelas keputusan yang akan kami buat pada Ahad ini." - Bernama-dpa ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description