Bapa mentua Hamzah Zainudin meninggal dunia selepas lebih dua minggu dirawat

1 day ago

Bapa mentua Hamzah Zainudin meninggal dunia selepas lebih dua minggu dirawat
IPOH - Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menerima rawatan selepas rumahnya terbakar di Kampung Sungai Rapat Tambahan di sini, 19 Jun lalu disahkan meninggal dunia pada Sabtu.Allahyarham Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh sekitar jam 2 petang.Difahamkan, Allahyarham dirawat sejak kejadian kebakaran tersebut akibat mengalami sesak nafas semasa cuba menyelamatkan diri dari rumah yang sedang terbakar.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pemergian Allahyarham.Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, isteri Abdul Ghani, Datin Salmiah Nyak Matt, 84, terkorban selepas ditemukan tidak sedarkan diri di ruang bilik bahagian bawah rumah oleh pasukan penyelamat.Empat lagi ahli keluarga termasuk seorang pembantu rumah yang turut berada di kediaman berkenaan bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan.Sebelum ini, anak Allahyarham, Ahmad Ikhwan, 57, dilaporkan berkata, bapanya yang diselamatkan anggota bomba dan mendapatkan rawatan lanjut di hospital telah ditidurkan sebagai langkah mempercepatkan proses pemulihan....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description