Pekerja warga Bangladesh tertimbus ketika kerja pasang paip

1 hour ago

Pekerja warga Bangladesh tertimbus ketika kerja pasang paip
SEREMBAN – Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh yang tertimbus ketika melakukan kerja pemasangan paip pembetungan di Kawasan Perindustrian Teck Park, Bandar Baru Nilai, berjaya diselamatkan dalam satu operasi pada malam Isnin.Komander Operasi, Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.44 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai digerakkan ke lokasi kejadian."Setibanya di tempat kejadian pada jam 8.03 malam, pasukan penyelamat mendapati mangsa tertimbus ketika sedang melakukan kerja-kerja di tapak berkenaan."Operasi menyelamat diketuai Pasukan Khas Operasi (PKO) dengan kekuatan 14 anggota serta tiga jentera iaitu FRT, EMRS dan URVAN," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, mangsa yang berusia 38 tahun berjaya dikeluarkan dengan selamat pada jam 9.28 malam sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.44 malam....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description