ByteDance Turut Merancang Aplikasi CapCut Khusus Untuk Pengguna Amerika Syarikat
1 day ago
ByteDance sedia dilaporkan sedang membangunkan sebuah aplikasi TikTok berasingan untuk pengguna di Amerika Syarikat – sekaligus mengatasi masalah pengharaman operasi di syariakt berkenaan. Tidak setakat itu, ByteDance juga merancang untuk memperkenalkan sebuah aplikasi variasi CapCut khusus untuk pengguna Amerika Syarikat, dinamakan CapCut US.
Aplikasi berasingan ini akan memudahkan ByteDance dalam mengasingkan operasi untuk rantau Amerika Syarikat dan juga global. Ini juga akan memudahkan mereka sekiranya ByteDance terpaksa menjual perniagaan dan operasi mereka di Amerika Syarikat.
Ia tidak diketahui aplikasi-aplikasi lain turut akan diperkenalkan variasi Amerika Syarikat tersendiri atau sebaliknya.
Buat masa ini, pihak ByteDance tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Amanz ⬇️