Aplikasi MySejahtera Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Baharu

1 day ago

Aplikasi MySejahtera Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Baharu
MySejahtera merupakan salah satu aplikasi yang sangat popular beberapa tahun dahulu, dimana ia digunakan untuk tujuan vaksinasi Covid-19. Sejak daripada itu, ia turut diperluaskan untuk penggunaan beberapa ciri kesihatan lain, termasuk untuk tempahan temujanji di klinik atau hospital, butiran vaksinasi, dan ciri-ciri lain.

Terbaru, MySejahtera memperkenalkan kemaskini besar pada aplikasi mereka, dimana kini ia hadir dengan rekaan antaramuka yang baharu. Rekaan baharu dilihat lebih kemas dan tersusun berbanding sebelum ini. Ia juga tampak lebih moden, dan segala menu disusun untuk akses pantas berasaskan penggunaan – sebagai contoh untuk melakukan temujanji

Pada masa yang sama, bahan promosi dan informasi juga tidak begitu menganggu, dan diintegrasikan dengan kemas pada aplikasi MySejahtera.

Kemaskini baharu ini juga ditekankan sebagai aplikasi yang dituju untuk rekod kesihatan, sekaligus memudahkan anda melihat pelbagai sejarah berkaitan kesihatan melaluinya. Melalui halaman penerangan, ia turut dinyatakan yang mana maklumat dan data kesihatan seseorang pengguna akan diintegrasikan ke MySejahtera secara berperingkat, dimana untuk fasa pertama ini, pengguna boleh melihat data vaksinasi, saringan kesihatan, temujanji di klinik atau hospital. Bergerak kehadapan, MySejahtera turut akan mengintegrasikan maklumat seperti keputusan dari makmal, preskripsi, dan juga ringkasan ketika keluar dari pusat rawatan.

Aplikasi MySejahtera baharu ini turut mempunyai saringan keselamatan tambahan apabila ingin mengakses rekod kesihatan melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan MySejahtera, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati antaramuka dan ciri baharu yang hadir bersama dengannya. Kemaskini baharu ini boleh dimuat-turun oleh pengguna iPhone dan Android hari ini.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description