Anak enggan dekati ayah selepas potong rambut, songkok jadi 'penyelamat'

1 hour ago

Anak enggan dekati ayah selepas potong rambut, songkok jadi 'penyelamat'
SHAH ALAM - Seorang bapa dari Jenjarom, Banting terpaksa memakai songkok semata-mata untuk mendekati anak perempuannya yang takut melihat penampilan baharu lelaki itu.Kejadian lucu itu dikongsi isterinya, Husnina Dayini Iskandar Niza, 24, yang menunjukkan gelagat spontan anak mereka, Adwa Raffah, 1, yang seolah-olah tidak mengenali ayahnya selepas lelaki itu memotong rambut."Suami saya, Nor Hakim Jenterak, 27, memotong rambut pada 26 Jun lalu atas permintaan saya kerana rambutnya terlalu kembang, namun tidak menyangka perubahan itu memberi kesan besar kepada anak."Apabila suami balik rumah, anak kami melihat dirinya seperti orang asing. Jadi, suami terpaksa pakai songkok sepanjang hari setiap kali ingin mendekati anak," kata suri rumah itu kepada Sinar Harian.Terdahulu, video dikongsikan Husnina menerusi akaun hasanahdayah1 tular di TikTok hingga meraih 2.7 juta tontonan dengan 171,100 tanda suka.Menerusi video tersebut, Adwa pada mulanya sedang melihat telefon bimbit bersama bapanya sebelum bertindak menjauhkan diri selepas lelaki itu membuka songkok dan menampakkan rambut pendeknya.Menurut Husnina, pada malam kejadian anak mereka langsung tidak mahu mendekati suaminya yang merupakan kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Syarikat Round Wheel Enterprise, namun keesokan harinya keadaan kembali reda.Katanya, dia langsung tidak menyangka reaksi anak mereka terhadap penampilan baharu bapanya menarik perhatian ramai selepas dimuat naik ke media sosial.Husnina menambah, suaminya telah memiliki rambut kembang sejak sebelum anak perempuan mereka dilahirkan lagi, sekali gus anak sudah terbiasa dengan gaya tersebut....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description