Macron kecam tarif AS, desak langkah balas

1 hour ago

Macron kecam tarif AS, desak langkah balas
ISTANBUL - Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Sabtu menyuarakan "kecaman keras" terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 30 peratus ke atas eksport Kesatuan Eropah (EU), serta menggesa supaya penyediaan "langkah balas yang berwibawa" dipercepatkan, lapor Anadolu Ajansi (AA)."Bersama Presiden Suruhanjaya Eropah, Perancis berkongsi penolakan tegas terhadap pengumuman tarif 30 peratus ke atas eksport EU ke Amerika Syarikat mulai 1 Ogos," kata Macron di platform X.Beliau mengulangi keperluan Suruhanjaya Eropah untuk menegaskan tekad blok itu dalam mempertahankan kepentingan Eropah."Ini secara khususnya menuntut agar penyediaan langkah balas yang berwibawa dipercepatkan, dengan menggerakkan semua instrumen yang ada termasuk mekanisme anti-paksaan, sekiranya tiada persetujuan dicapai sebelum 1 Ogos," kata beliau.Macron turut menyatakan sokongan penuh Perancis terhadap rundingan yang dijangka "dipertingkatkan" untuk mencapai persetujuan bersama menjelang 1 Ogos, "yang mencerminkan rasa saling menghormati antara rakan dagang seperti EU dan AS, selaras dengan kepentingan bersama serta rantaian nilai yang saling berkait."Terdahulu, Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa AS akan mengenakan tarif 30 peratus ke atas EU dan Mexico mulai 1 Ogos, sekali gus menjejaskan rundingan perdagangan AS-EU yang dijangka dimuktamadkan bulan ini.Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump turut berkongsi dua pucuk surat yang ditujukan kepada Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Presiden Mexico Claudia Sheinbaum, memaklumkan pelaksanaan tarif baharu itu ke atas barangan dari Eropah dan Mexico yang memasuki pasaran AS.Susulan itu, Ursula von der Leyen menyatakan kesediaan EU untuk bekerjasama dengan AS bagi mencapai perjanjian sebelum 1 Ogos dan berjanji akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi kepentingan EU, termasuk mengenakan langkah balas yang setimpal. - Bernama...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description