Pelarasan tarif air penting bagi gantian paip lama, naik taraf infrastruktur - MB Terengganu

1 hour ago

Pelarasan tarif air penting bagi gantian paip lama, naik taraf infrastruktur - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU - Pelarasan tarif air penting bagi membolehkan kerja-kerja penggantian paip-paip lama serta penaiktarafan sistem bekalan air secara menyeluruh di seluruh Terengganu.Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu juga dapat memastikan perbelanjaan modal (capex) syarikat air negeri dapat dioptimumkan untuk operasi jangka panjang yang lebih berkesan."Pelarasan ini akan membolehkan operasi syarikat dan perbelanjaan modal dilaksanakan di Terengganu, termasuk penggantian paip-paip lama serta kerja-kerja menaik taraf kemudahan air yang diperlukan."Setakat ini kita boleh katakan begitu dahulu dan kita akan keluarkan kenyataan rasmi pada masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Madani Rakyat Terengganu di Pasar Payang di sini pada Sabtu.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengesahkan telah menerima permohonan pelarasan tarif air daripada 10 negeri termasuk Terengganu.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, permohonan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) untuk menyemak semula kadar tarif semasa adalah satu langkah tepat ke arah kelestarian perkhidmatan air."Kerajaan negeri menyambut baik langkah ini kerana ia membuktikan komitmen bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan isu berkaitan bekalan air, khususnya membabitkan penaiktarafan aset dan penggantian paip usang."Ia penting untuk mengekalkan tahap perkhidmatan yang memuaskan dan mengelakkan gangguan kepada pengguna," katanya.Beliau berkata, pelarasan itu tidak akan membebankan rakyat, malah akan memberi pulangan dalam bentuk perkhidmatan bekalan air yang lebih berkualiti, mampan dan konsisten."Kerajaan negeri berharap permohonan ini dipertimbang sewajarnya kerana kelangsungan bekalan air yang stabil dan efisien adalah hak rakyat dan asas kepada pembangunan negeri," katanya.Sebelum ini, SPAN memaklumkan pihaknya sedang meneliti permohonan semakan tarif daripada 10 operator di bawah kawal selian mereka termasuk Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description