Kanak-kanak perempuan 11 tahun derita kanser tulang

1 hour ago

Kanak-kanak perempuan 11 tahun derita kanser tulang
PORT DICKSON - Hati Ibu mana yang tidak luluh melihat anak yang dahulunya aktif bersukan kini lebih banyak terbaring di rumah sejak disahkan menghidap kanser tulang, April lalu.Menurut Rozita Nazari, 47, dia tidak menyangka kesakitan pada bahagian kaki dan punggung dialami Siti Nor Khalisah Mustaza Abdullah, 11, rupa-rupanya berkaitan penyakit kanser."Anak saya ini aktif bersukan dan sekitar Januari lalu dia mengadu punggungnya terentak selepas terjatuh ketika sertai sukan lompat jauh."Waktu itu saya tidaklah fikir ia serius dan hanya menyapu ubat kerana dia tak mengadu sakit, namun sebulan selepas itu dia tiba-tiba menangis beritahu kakinya sakit sangat," kata Rozita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Panjang di sini pada Ahad.Tambah Rozita, ketika itu pergerakan Khalisah juga kelihatan tidak seperti biasa dan lama kelamaan dia mengadu pula sakit pada bahagian punggung.Dia kemudiannya membawa Khalisah membuat ujian X-ray dan doktor menasihatkan untuk merujuknya ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban."Seingat saya tiga minggu anak saya ditahan di wad dan hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dilakukan pada 28 Mei mendapati anak saya menghidap kanser tulang."Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur dan sejak itu hidup Khalisah berubah sepenuhnya. Daripada seorang anak yang aktif dan ceria, dia kini kerap menangis," katanya.Rozita mengakui bukan mudah untuk seorang kanak-kanak seusia Khalisah menerima hakikat dirinya kini sedang sakit ditambah pula melihat rambutnya gugur teruk disebabkan rawatan kimoterapi.Disebabkan itu ujar Rozita, dia dan suami perlu sentiasa memberi sokongan kepada anak bongsunya itu supaya kuat untuk menghadapi ujian tersebut."Dia tanya saya kenapa dia diuji sebegitu. Ibu mana yang tak sedih bila anak tanya macam itu, tapi saya kena kuat dan beritahu dia 'itu anugerah dari ALLAH SWT untuk adik'."Doktor maklumkan buat masa ini rawatan yang boleh dilakukan adalah kimoterapi saja kerana nak buat pembedahan agak berisiko," katanya.Ceritanya lagi, sepanjang dirawat di hospital, selama tiga minggu Khalisah hanya boleh tidur meniarap kerana punggungnya sakit.Bagaimanapun katanya, selepas rawatan kimoterapi pertama 2 Mei lalu, keadaannya bertambah baik, namun emosinya sering terganggu kerana sedih mengenang diri yang tidak lagi seperti dahulu."Berat badannya dari 35 kilogram (kg) turun ke 24kg manakala kulitnya berubah menjadi gelap selain tidak boleh duduk dalam keadaan cuaca panas."Perubahan inilah yang membuatkan dia sangat terasa. Saya ada tanya doktor, Khalisah boleh sembuh atau tidak dan doktor beritahu mereka hanya berusaha dan ALLAH tentukan," katanya yang mendapat bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Selain itu katanya, Khalisah juga memberitahu dia rindu kawan-kawannya kerana sejak disahkan sakit, dia tidak lagi pergi ke sekolah."Saya reda dengan ujian ini, tapi sentiasa berdoa supaya Khalisah sihat seperti dahulu," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description