ASUS TUF Gaming T500 (2025) Dijual Di Malaysia Bermula Harga RM3899

1 day ago

ASUS TUF Gaming T500 (2025) Dijual Di Malaysia Bermula Harga RM3899
ASUS Malaysia kini melancarkan (2025), sebuah desktop gaming bersaiz kompak yang direka untuk memenuhi keperluan permainan AAA. Dengan kapasiti 15 liter, rekaannya menjimatkan ruang tanpa mengorbakan prestasi. Dari segi spesifikasi, Gaming T500 dilengkapi dengan Intel Core i7-13620H, GPU NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti, memori 16GB DDR5 dan storan PCIe 4.0 SSD sebesar 1TB.

Rekaan nampak futuristik yang diinspirasi daripada mecha anime termasuk panel sisi lutsinar bersama pencahayaan kuning yang menyerlahkan komponen dalaman. Ia melepasi piawaian MIL-STD-810H merangkumi ujian jatuh, suhu melampau dan getaran. Sistem penyejukan digunakan terdiri daripada kipas 90mm dan paip tembaga bagi memastikan suhu kekal stabil sepanjang penggunaan.

Gaming 500 dilengkapi WiFi 6 dan port Ethernet 1Gbps untuk sambungan yang stabil. Ia menawarkan port USB-C untuk sambungan ke pelbagai peranti dengan mudah. Perisian Armour Cate membolehkan kawalan penuh terhadap pencahayaan RGB, suhu dan prestasi sistem. Gaming 500 ditawarkan dalam dua varian bermula harga RM6999 (Intel Core i7/RTX 5060T), dan RM3899 menggunakan Intel Core i5 (GPU RTX 3050).

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description