Lima parah, satu cedera ringan nahas lima kenderaan

1 day ago

Lima parah, satu cedera ringan nahas lima kenderaan
GEORGE TOWN - Lima individu parah manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di laluan dari simpang lampu isyarat Jalan Perak hingga ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini pada malam Jumaat.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dipandu lelaki berusia 50 tahun dipercayai telah merempuh sebuah Perodua Myvi dari arah belakang ketika berada di simpang lampu isyarat Jalan Perak.Menurutnya, kenderaan terbabit kemudian meneruskan perjalanan sebelum melanggar dua buah motosikal, masing-masing jenis Honda Vario dan Honda C100, di Jalan Perak."Kenderaan sama seterusnya merempuh sebuah lagi kereta jenis Honda City di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Batu Uban."Akibat kejadian itu, pemandu SUV dan pemandu Honda City yang berusia 29 tahun mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.Abdul Rozak berkata, dua penunggang motosikal berusia 29 dan 56 tahun serta seorang pembonceng berusia 15 tahun turut parah dan telah dikejarkan ke hospital sama.Katanya, pemandu Perodua Myvi yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 44 tahun hanya mengalami kecederaan ringan."Siasatan lanjut mengenai kejadian ini masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain," ujarnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description