18 maut, 24 cedera bas terjunam ke gaung

1 day ago

18 maut, 24 cedera bas terjunam ke gaung
LIMA - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Junin, Peru, lapor Xinhua yang memetik media tempatan La Republica pada Jumaat.Kejadian berlaku apabila sebuah bas dua tingkat milik syarikat 'Expreso Molina Líder Internacional' terjunam ke dalam gaung di lebuh raya tengah berhampiran daerah Talca, wilayah Tarma.Anggota Jabatan Bomba Tarma, pihak polis serta pasukan kesihatan segera ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa, sebahagian daripada mereka dilaporkan terperangkap di antara besi kenderaan yang remuk, menurut siaran televisyen kerajaan TV Peru.Mangsa yang cedera dipindahkan ke Hospital Felix Mayorca di Tarma, manakala pihak polis menutup kawasan kejadian bagi memudahkan operasi menyelamat.Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, namun dipercayai kenderaan itu dipandu laju. - Bernama  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description