Ribuan lelaki China kongsi gambar intim pasangan tanpa kebenaran cetus kemarahan

1 hour ago

Ribuan lelaki China kongsi gambar intim pasangan tanpa kebenaran cetus kemarahan
BEIJING – Ribuan lelaki di China didakwa berkongsi gambar dan video intim pasangan mereka tanpa kebenaran menerusi aplikasi pemesejan Telegram, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai serta gesaan untuk memperkukuh perlindungan terhadap wanita.Akhbar milik kerajaan, Southern Daily, melaporkan seorang wanita menyedari gambarnya telah dikongsi tanpa pengetahuan dalam satu forum Telegram yang memiliki lebih 100,000 pengguna, kebanyakannya lelaki warga China.Ahli forum itu didapati turut berkongsi gambar teman wanita, bekas kekasih dan isteri masing-masing.Laporan Guangming Daily, saluran yang disokong Parti Komunis China, menyifatkan pendedahan itu membangkitkan kebimbangan meluas dalam kalangan pengguna internet."Ini bukan kandungan untuk dimuat naik dan dijadikan bahan fantasi secara sesuka hati," tulis seorang pengguna dalam platform Red Note.Hashtag berkaitan isu tersebut telah dilihat lebih 230 juta kali di Weibo sejak Khamis lalu.Telegram, yang menggunakan penyulitan dan diharamkan di China tetap boleh diakses melalui rangkaian peribadi maya (VPN).Pihak Telegram memaklumkan kandungan pornografi tanpa izin dilarang keras dan akan dipadamkan sebaik sahaja dikesan.Kumpulan utama bernama "Mask Park" telah dipadamkan, namun beberapa saluran kecil lain masih aktif, menurut wanita yang dihubungi oleh Southern Daily.Kes ini turut disamakan dengan skandal "Nth Room" di Korea Selatan sebelum ini.Pengguna wanita China berkongsi pengalaman sendiri dirakam secara rahsia di tempat awam.Seorang pengguna Douyin menulis, "Apa yang dianggap biasa oleh penjenayah, boleh menjadi mimpi ngeri sepanjang hayat bagi wanita."Walaupun pihak berkuasa China telah menangkap ratusan individu berkait pengintipan rahsia sejak 2022, usaha aktivisme wanita terus ditekan.Aktivis #MeToo, Sophia Huang Xueqin, sebelum ini dipenjara lima tahun atas dakwaan menghasut subversif.Setakat ini, belum ada tindakan rasmi diumumkan terhadap kumpulan Telegram terbabit.Namun Guangming Daily menyeru supaya pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dan privasi wanita dihormati sebagai ‘garisan merah’ yang tidak boleh dilanggar. - AFP...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description