Arthur Joseph Kurup dahului senarai penerima darjah kebesaran, pingat Pahang
1 hour ago
KUANTAN – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup mendahului senarai 58 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Upacara istiadat pengurniaan darjah serta pingat kebesaran kepada semua penerima berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, di sini pada Sabtu.Keberangkatan tiba baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.Dalam pengurniaan tersebut, Arthur menerima Darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.Turut menerima darjah sama ialah Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan.Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar; Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Azmee Mohd Ghazi; serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Khairussaleh Ramli turut tersenarai sebagai penerima SSAP.Anugerah sama turut dikurniakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Ts Nor Hisham Mohammad serta Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abdul Aziz Majid.Sementara itu, tiga individu menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera ialah Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Indera Fadzilla Salleh serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Indera Che Roslan Che Daud.Mantan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Puan Sri Datuk Indera Zainah Othman turut menerima darjah kebesaran tersebut.Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Dimulia, Peringkat Kedua Darjah Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (DSAS) yang membawa gelaran Datuk kepada Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.Lapan penerima lain menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) antaranya ialah Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Datuk Norli Hisham Alwi TUDM; Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya TUDM; dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.Turut tersenarai ialah Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Datuk Razihan Adzharuddin; serta dua tokoh terkenal iaitu pereka fesyen, Datuk Radzuan Radziwill dan Pengasas Sendayu Tinggi, Datuk Aliffa Abdul Manaf.Majlis penuh istiadat itu turut menyaksikan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 26 individu, antaranya Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuantan, Mohd Faizal Mohd Yusof; Pengarah Urusan Rohatex Sdn Bhd, Mohamed Anuar Abu Samah; dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan YTL Power International Berhad, Mohd Azmi Abdul Rahman.Selain itu, seramai empat penerima telah dikurniakan Ahli Mahkota Pahang (AMP), antaranya Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Kuantan, Norhazlina Abdul Rahman dan Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Maran, Muhammad Syukri Ismail....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️