Perang Thailand-Kemboja: Perkampungan di Kemboja dikosongkan, sekolah ditutup
1 hour ago
PHNOM PENH - Pertempuran berterusan antara tentera Kemboja dan Thailand di sepanjang sempadan memaksa ribuan penduduk di utara Kemboja melarikan diri sejak pertempuran tercetus pada pagi Khamis.Komuniti luar bandar kini menjadi mangsa utama konflik yang kembali memuncak di kawasan sempadan yang masih dipertikaikan.Jurucakap Kementerian Pertahanan Kebangsaan, Leftenan Jeneral Maly Socheata berkata, kira-kira 35,800 penduduk dari wilayah Oddar Meanchey, Preah Vihear, Pursat dan Banteay Meanchey dipindahkan.Beliau memaklumkan lima anggota tentera Kemboja dan lapan orang awam terbunuh, manakala 21 tentera dan 50 orang awam cedera sejak pertempuran bermula.Ramai penduduk kini berlindung di biara-biara dan kem sementara yang ditubuhkan oleh kerajaan Kemboja di zon selamat.Di wilayah Pursat yang bersempadan dengan Thailand, sekitar 350 keluarga dipindahkan ke kawasan selamat yang menyediakan kemudahan asas seperti air bersih, bekalan makanan dan perkhidmatan perubatan.Socheata mendakwa bahawa tentera Thailand terus melancarkan serangan melangkaui zon asal konflik sejak pagi Sabtu."Pencerobohan Thailand kini merebak ke beberapa wilayah lain di Kemboja."Pasukan Thai melancarkan lima peluru artileri ke kawasan Thma Da, daerah Veal Veng, wilayah Pursat," dakwa beliau.Sementara itu, Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja memaklumkan bahawa setakat pagi Sabtu, sebanyak 488 sekolah di Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Preah Vihear, Koh Kong dan Pursat ditutup berikutan konflik yang berterusan.Beberapa wilayah sepanjang sempadan Kemboja-Thailand kini menjadi "titik panas", apabila insiden tembak-menembak antara kedua-dua pihak mengancam keselamatan penduduk awam. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️