RM200,000 tangani banjir di Kampung Melayu Bukit Batu

1 hour ago

RM200,000 tangani banjir di Kampung Melayu Bukit Batu
KULAI – Sejumlah RM200,000 diperuntukkan bagi menangani permasalahan banjir yang sering berlaku di Kampung Melayu Bukit Batu di sini, sekali gus memberikan kelegaan kepada penduduk yang terkesan akibat kejadian itu.Menurut Ahli Parlimen Kulai, Teo Ni Ching, peruntukan tersebut diluluskan setelah menerima permohonan daripada Pejabat Daerah Kulai susulan aduan daripada penduduk yang berdepan insiden banjir sebanyak empat kali dalam tahun ini sahaja."Kita tahu, masalah banjir ini sudah terlalu kerap berlaku. Oleh itu, kita ambil tindakan segera dengan meluluskan peruntukan bagi membina longkang konkrit jenis U bagi mempercepatkan lagi aliran air," katanya ketika sidang akhbar ketika melawat kampung berkenaan pada Sabtu.Tambah Nie Ching, kerja-kerja pemasangan longkang konkrit bersaiz 1.5 meter x 1.5 meter sepanjang 190 meter itu telah bermula pada 21 Jun dan siap sepenuhnya pada 24 Julai lalu.Katanya, projek yang dibiayai melalui gabungan beberapa sumber peruntukan termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan peruntukan khas pejabat ahli Parlimen itu dilihat bakal memberikan banyak manfaat kepada rakyat."Kita boleh lihat sendiri longkang baharu ini yang bukan saja besar dan dalam, tapi juga mampu menampung aliran air deras ketika hujan lebat. Bahagian yang siap ini adalah fasa pertama dan kita akan teruskan sehingga seluruh kawasan selesai."Kita harap usaha ini dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi penduduk Kampung Melayu Bukit Batu akibat banjir berulang selain menjadi langkah jangka panjang ke arah sistem saliran yang lebih berkesan," katanya.Sementara itu, Penghulu Mukim Batu, Mohamad Norzaharuddin Kasimon berkata, peruntukan berkenaan dilihat bakal membantu mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan."Walaupun kita tak dapat mengatasi sepenuhnya, mungkin dapat mengurangkan lagi risiko banjir di sini. Mungkin air ini naik dengan terlalu cepat dan mungkin boleh diturunkan dengan cepat."Kita memang tahu dapat keluhan penduduk-penduduk di sekitar Jalan Masjid Kampung Melayu Bukit Batu memang mereka terkesan dengan masalah banjir ini," katanya...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description