SK Putra Perdana 2 dominasi Pertandingan Robotik Sumo Rumble

1 hour ago

SK Putra Perdana 2 dominasi Pertandingan Robotik Sumo Rumble
SHAH ALAM – Sekolah Kebangsaan (SK) Putra Perdana 2, Selangor mencipta sejarah tersendiri apabila mendominasi empat tempat teratas dalam Pertandingan Robotik Sumo Rumble sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025, di sini pada Sabtu.Sebanyak 32 buah sekolah rendah dan 32 buah sekolah menengah dari pelbagai negeri menyertai pertandingan yang menyaksikan saingan sengit dalam kalangan peserta muda berkemahiran tinggi dalam bidang robotik.Pertandingan yang mengetengahkan robot kawalan jauh itu mendapat sambutan hangat, bukan sahaja daripada peserta tetapi juga rakan-rakan sekolah dan guru pengiring yang memberikan sokongan padu sepanjang acara berlangsung."Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Kami bangga kerana empat daripada lima pasukan yang kami hantar berjaya membawa pulang hadiah," kata guru SK Putra Perdana 2, Nurul Amira Hidayah Abu Bakar.Pasukan sekolah tersebut telah dinobatkan sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan keempat bagi kategori sekolah rendah.Masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM200, RM150, RM100 dan RM70.Menurutnya, kejayaan itu tidak datang dengan mudah, sebaliknya hasil usaha berterusan, latihan intensif serta sokongan tidak berbelah bahagi pihak sekolah dan jurulatih utama, Syamil Yahya."Cikgu Syamil banyak berkorban masa dan tenaga. Beliau sendiri yang membuat robot-robot ini dan tidak pernah putus asa melatih anak-anak sehingga berjaya ke tahap ini," tambahnya lagi.Sementara itu, bagi kategori sekolah menengah, tempat pertama dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil (Selangor) manakala tempat kedua dimenangi Sekolah Agama Menengah Jeram (Selangor) dan tempat ketiga dimenangi SMK Johor Bahru (Johor).Guru SMK Dengkil, Muhammad Nur Syazwan Baharusman menyifatkan pertandingan itu sebagai satu platform yang sangat baik untuk mencungkil bakat anak-anak dalam bidang robotik."Saya lihat ramai pelajar dari sekolah lain semakin mahir dan ada yang dah naik taraf robot masing-masing. Ada antara mereka yang saya kenal semasa pertandingan sebelum ini. Saya sangat menyokong pertandingan seperti ini kerana ia memperkenalkan bidang robotik secara langsung kepada generasi muda," ujarnya.Peserta yang juga pelajar Tingkatan Tiga SMK Dengkil, Muhammad Ammar Shafiy Muhammad Azizi berkata, minat terhadap bidang robotik telah dipupuk sejak Tingkatan Satu lagi dengan menjadikan subjek sains sebagai pendorong utama."Minat kena datang dahulu, kemudian baru kita belajar asas dan teknik kawalan robot. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan bangga dengan pencapaian hari ini. Terima kasih kepada guru-guru, pihak sekolah, rakan-rakan serta ibu bapa," katanya kepada Sinar Harian.Pertandingan tersebut merupakan antara acara utama dalam Karnival Sinag Malam Karangkraf yang turut menampilkan pelbagai aktiviti lain termasuk pameran, rumah hantu, jualan buku, jualan hari kantin, Pasar Saloma dan petting zoo.Ia dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang berlangsungnya acara tiga hari tersebut....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description