Pemuda Pas Perak tubuh pasukan khas pantau bendera terbalik

1 hour ago

Pemuda Pas Perak tubuh pasukan khas pantau bendera terbalik
IPOH – Pemuda Pas Perak menubuhkan pasukan khas bagi memantau sebarang tindakan menghina Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di seluruh negeri sempena sambutan Bulan Kebangsaan.Ketuanya, Hafez Sabri berkata, Pasukan Peninjau Sayangi Malaysia yang ditubuhkan akan digerakkan di setiap kawasan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan melakukan provokasi yang dianggap menghina bendera negara.Menurutnya, tindakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik adalah perbuatan biadab dan pengkhianatan kepada negara yang tidak boleh diterima atas apa jua alasan."Kami memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak membuat sebarang provokasi menghina bendera Malaysia, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang meraikan Bulan Kebangsaan."Pemuda Pas Perak memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas serta drastik mengikut lunas undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mencabar maruah negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Hafez menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap Jalur Gemilang yang menjadi simbol kebanggaan rakyat Malaysia.Beliau juga mengajak seluruh masyarakat supaya bersama-sama mempertahankan panji negara daripada sebarang cubaan menjatuhkan martabatnya.Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang lelaki kelihatan sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik pada sebatang kayu atau besi panjang sebelum mengibarkannya, manakala seorang lagi merakam aksi tersebut.Difahamkan, video berkenaan dirakam di hadapan sebuah kedai perkakasan di Bertam, Pulau Pinang.Perbuatan lelaki itu mengundang kemarahan warganet yang menganggapnya sebagai tidak menghormati bendera negara, apatah lagi ketika sambutan Bulan Kebangsaan sedang berlangsung....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description