10 YouTuber paling berpengaruh di dunia
1 hour ago
YouTube kini menjadi platform global yang melahirkan ramai bintang terkenal, malah ada yang meraih jutaan pengikut hanya melalui kandungan video dihasilkan.Berikut adalah senarai 10 YouTuber individu dengan jumlah langganan tertinggi di dunia.1. MrBeast (Jimmy Donaldson) Amerika Syarikat (297) juta langgananJimmy Donaldson, 27, atau lebih dikenali sebagai MrBeast terkenal dengan video cabaran ekstrem, derma besar-besaran dan kandungan kreatif yang melibatkan hadiah wang tunai bernilai jutaan dolar. Bermula pada 2012 dengan video ulasan permainan video, kini beliau menjadi fenomena global.Pendekatan uniknya yang menggabungkan hiburan dan kebajikan menjadikan setiap videonya viral. Dari membina kilang coklat hingga membayar pembedahan ribuan orang buta, MrBeast dianggap sebagai perintis gaya kandungan "derma hiburan" di YouTube.2. PewDiePie (Sweden) 111 juta langgananFelix Kjellberg,35, mula terkenal pada 2010 melalui video ulasan permainan video, khususnya siri Let’s Play. Keperibadiannya yang santai, penuh humor dan bersahaja menjadikannya idola generasi muda internet.Walaupun kini kurang aktif memuat naik, PewDiePie tetap menjadi salah seorang YouTuber individu paling berpengaruh. Beliau tinggal di Jepun bersama keluarganya dan sesekali memuat naik vlog peribadi atau ulasan permainan untuk peminat setia.3. Like Nastya (Rusia) 114 juta langgananAnastasia Radzinskaya, 10, atau Like Nastya ialah YouTuber kanak-kanak yang memulakan saluran pada usia 4 tahun. Kandungannya fokus kepada aktiviti bermain, pembelajaran interaktif dan kisah imaginasi.Walaupun berasal dari Rusia, keluarga Nastya berpindah ke Amerika Syarikat untuk mengembangkan kerjaya di YouTube. Dengan visual berwarna-warni dan gaya bercerita yang mudah difahami, salurannya menarik jutaan penonton muda di seluruh dunia.4. Vlad and Niki (Rusia) 114 juta langgananVladislav Vashketov,11, bersama adiknya Niki menjadi antara bintang YouTube kanak-kanak terbesar dunia. Kandungan mereka berbentuk lakonan, cabaran keluarga dan permainan imaginasi.Berasal dari Rusia dan kini menetap di AS, Vlad dan Niki mendapat tajaan jenama global kerana pengaruh besar mereka terhadap kanak-kanak. Produksi video yang berkualiti tinggi menjadikan mereka kekal relevan di pasaran antarabangsa.5. Juega German (Chile) 49.9 juta langgananGermán Garmendia,35, terkenal sebagai pelawak internet dan pemain permainan video dari Chile. Beliau mula aktif di YouTube pada 2013 dan cepat meraih populariti kerana gaya humornya yang spontan.Selain bermain permainan video, beliau juga aktif menghasilkan lagu dan menulis buku. Gaya penyampaiannya yang mesra menjadikannya antara YouTuber berbahasa Sepanyol paling berpengaruh di dunia.6. Markiplier (Amerika Syarikat) 40.1 juta langgananMark Fischbach, 35, atau Markiplier dikenali dengan video ulasan permainan video bergenre seram dan aksi. Karismanya serta reaksi dramatik ketika bermain menjadikannya tumpuan ramai.Selain YouTube, Markiplier juga mengusahakan projek filem dan siri web. Beliau sering menggunakan pengaruhnya untuk mengutip derma bagi tujuan kebajikan.7. Jacksepticeye (Ireland) 31 juta langgananSeán McLoughlin, 35, lebih dikenali sebagai Jacksepticeye, terkenal dengan tenaga tinggi dan gaya bersuara yang lantang ketika bermain permainan video. Bermula pada 2012, beliau kini menjadi ikon hiburan digital dari Ireland.Beliau juga aktif dalam kerja amal dan projek kolaborasi bersama YouTuber terkenal lain. Kandungannya merangkumi permainan video, ulasan dan vlog motivasi.8. KSI (United Kingdom) 24.3 juta langgananOlajide Olatunji, 32, atau KSI bermula sebagai pemain permainan FIFA di YouTube. Kini, beliau mengembangkan kerjaya ke bidang muzik, perniagaan minuman tenaga dan tinju.KSI terkenal dengan gaya lantang dan berani mencabar sesiapa sahaja. Popularitinya semakin kukuh dengan kejayaan siri perlawanan tinju bersama Logan Paul dan Jake Paul.9. Ninja (Amerika Syarikat) 24 juta langgananTyler Blevins, 34, atau Ninja terkenal sebagai pemain profesional Fortnite dan penstrim yang memecahkan banyak rekod tontonan. Popularitinya melonjak selepas bekerjasama dengan selebriti terkenal dalam sesi permainan.Walaupun lebih aktif di Twitch sebelum ini, Ninja tetap mengekalkan pengaruh besar di YouTube melalui sorotan permainan dan video kolaborasi.10. Logan Paul ( Amerika Syarikat) 23.8 juta langgananLogan Paul ,30, mula dikenali melalui platform Vine sebelum beralih ke YouTube. Kandungannya merangkumi vlog, cabaran dan kini lebih tertumpu kepada dunia tinju profesional.Walaupun pernah terpalit kontroversi, Logan berjaya membina semula reputasinya dan kini mengendalikan podcast popular Impaulsive yang sering menampilkan tetamu ternama....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️