Pahang raih enam Anugerah Industri Pelancongan 2025

1 hour ago

Pahang raih enam Anugerah Industri Pelancongan 2025
KUANTAN - Pahang membolot enam anugerah termasuk Anugerah Utama Kadar Purata Penginapan Tertinggi Terbaik di Malaysia pada Malam Anugerah Industri Pelancongan 2025 di Sunway, Selangor pada Sabtu.Tourism Pahang dalam kenyataannya berkata, lima anugerah lain turut diberikan termasuk kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) iaitu Anugerah Inisiatif Pembangunan Pelancongan Terbaik dan Anugerah Destinasi Rekreasi Terbaik, manakala Bilut Hills Eco Resort Pahang menerima Anugerah Resort Inovasi dan Kreatif Terbaik.Menurutnya, Anugerah Destinasi Percutian Keluarga Terbaik dan Anugerah Destinasi Membeli-Belah Bersepadu Gaya Hidup Terbaik pula diberikan kepada Resort World Genting."Pada majlis itu, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim hadir mewakili Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man untuk menerima Anugerah Kadar Purata Penginapan Tertinggi Terbaik di Malaysia," ujarnya.Kenyataan Tourism Pahang itu turut menyebut, pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Pahang menjadi titik tolak kepada para penggiat industri pelancongan untuk lebih komited dan memperkasa industri pelancongan negeri."Usaha itu bagi meletakkan industri pelancongan negeri ini kekal unggul dan berkembang maju di persada antarabangsa," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description