Amanz

1 hour ago

Amanz
Peningkatan nilai saham sesuatu syarikat turut sekaligus membawa kepada peningkatan nilai syarikat tersebut secara keseluruhan. Terbaru, dengan peningkatan nilai saham Alphabet kebelakangan ini, syarikat induk disebalik Google kini menjadi syarikat ke-4 di dunia yang mencatatkan nilai pasaran syarikat melangkaui $3 trilion.

Sebelum ini, antara syarikat yang telah mencapai dan melangkaui nilai berkenaan adalah NVIDIA, Microsoft dan Apple. Untuk makluman, NVIDIA kini bernilai lebih $4 trilion, selari dengan perkembangan arena kecerdasan buatan yang bergantung kepada cip keluaran NVIDIA.

Google sebelum ini telah berjaya mengelak syarikat mereka perlu dibahagikan atas dasar monopoli, sekaligus membolehkan mereka terus beroperasi termasuk memiliki pelayar web Google Chrome seperti sebelum ini. Kini, selari keputusan mahkamah, nilai saham Google terus meningkat – apatah lagi dengan penawaran kecerdasan buatan Google juga turut mula menerima angka pengguna tinggi dari hari ke hari.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description