Dua ADUN Pahang lakar sejarah wakil rakyat pertama tawan puncak Gunung Tahan
1 hour ago
KUANTAN - Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Khaizulnizam Mohamad Zuldin, menamatkan pendakian puncak Gunung Tahan setinggi 2,187 meter dalam masa hanya enam hari.Lebih manis, Fadzli yang juga ADUN Dong, Raub dan Khaizulnizam turut melakar sejarah sebagai wakil rakyat pertama menawan puncak gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia itu melalui trek Kuala Juram, Lipis ke Kuala Tahan, Jerantut sejauh 87 kilometer.Fadzli berkata, pendakian menerusi program Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan anjuran Majlis Rekreasi Pahang (MRP) itu amat mencabar."Trek Gunung Tahan di Taman Negara itu bagi saya laluan pendakian paling sukar, bahaya dan begitu mencabar."Pengalaman pendakian selama enam hari itu paling mencabar dan sukar dalam hidup saya kerana lazimnya pendaki bagi laluan Kuala Juram, Lipis ke Kuala Tahan ambil masa tujuh atau lapan hari," katanya ketika dihubungi.Fadzli yang mengemari sukan lasak termasuk mendaki bersyukur kerana impiannya untuk tawan puncak Gunung Tahan yang terpendam selama ini tercapai."Di sebalik cabaran 'menyeksakan' dihadapi termasuk cuaca hujan, saya kuatkan semangat menamatkan ekspedisi ini atas sokongan rakan-rakan peserta yang lain."Semangat ditunjukkan peserta lain juga menjadi inspirasi untuk kejayaan ekspedisi ini," katanya yang pernah melakukan perjalanan di trek Mardi Himal Base Camp (2023) dan Everest Base Camp (2024) di Nepal.Baginya, untuk capai kejayaan dalam setiap pendakian bukan hanya perlu latihan secukupnya tetapi semangat juga perlu kental, disiplin tinggi dan kerjasama berpasukan.Jelas beliau, semua 54 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dibantu 17 malim gunung memulakan pendakian 2 Oktober lalu di Kuala Juram, Lipis ke puncak Gunung tahan."Semua peserta menjejaki puncak Gunung Tahan, kira-kira jam 12 tengah hari, Sabtu lalu, seterusnya menamatkan pendakian di Kuala Tahan, Jerantut, kira-kira jam 6 petang, semalam (Selasa)," katanya.Terdahulu, Fadzli berkata, Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan dilaksanakan atas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah agar Majlis Rekreasi Pahang selaku penganjur menjalankan kajian serta mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri bagi menambah baik fasiliti di sepanjang trek pendakian.Beliau berkata, hasil ekspedisi itu akan diperincikan melalui cadangan yang akan dikumpulkan daripada setiap peserta termasuk menyediakan tapak perkhemahan dengan kemudahan lebih baikKatanya, aspek kesiapsiagaan keselamatan tapak-tapak di kawasan itu turut diberi perhatian selain infra telekomunikasi termasuk cadangan memasang ‘repeater’ di kawasan tertentu....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️