Amanz
1 hour ago
Setiap profil akan hadir dengan ruangan simpanan penanda web, sejarah pelayaran, data log masuk, tema dan lain-lain. Ini sekaligus memudahkan lagi anda lebih fokus ketika pelayaran.

Sebagai contoh, anda boleh mencipta profil untuk bekerja, berhibur, dan belajar. Seterusnya, setiap tab pelayaran tidak akan menganggu pelayaran untuk tujuan lain, dan anda hanya perlu menguruskan dan memilih profil yang sesuai ketika melakukan tujuan berkenaan. Sokongan profil ini juga sangat berguna sekiranya anda berkongsi peranti dengan ahli keluarga atau rakan-rakan lain.
Mozilla menekankan ciri profil pada Firefox ini turut mengutamakan privasi. Mozilla dijangka menawarkan kemaskini ini pada Firefox bermula 14 Oktober 2025 kelak.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free