Hospital Pakar Damansara naik taraf unit onkologi perkukuh rawatan kanser menyeluruh

1 hour ago

Hospital Pakar Damansara naik taraf unit onkologi perkukuh rawatan kanser menyeluruh
PETALING JAYA – Hospital Pakar Damansara (DSH) melancarkan Unit Penjagaan Harian Onkologi (ODCU) yang dinaik taraf bagi memperkukuh rawatan dan penjagaan pesakit kanser secara menyeluruh.Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, penambahbaikan kemudahan itu membuktikan komitmen berterusan DSH dalam menyediakan rawatan kanser yang bukan sahaja berasaskan perubatan, tetapi turut menekankan aspek kemanusiaan dan kesejahteraan pesakit.Menurutnya, penjagaan kanser yang cemerlang tidak hanya bergantung kepada keberkesanan rawatan, sebaliknya melibatkan sokongan emosi serta persekitaran yang menenangkan buat pesakit dan keluarga."Naik taraf Unit Penjagaan Harian Onkologi ini membuktikan bahawa penjagaan kanser bukan sekadar soal perubatan. Ia tentang memberikan setiap pesakit layanan yang penuh empati, rasa hormat dan menenangkan," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran ODCU yang disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di DSH di sini baru-baru ini.Katanya, usaha menaik taraf kemudahan berkenaan juga seiring matlamat KPJ Healthcare di bawah prinsip Care for Life untuk memperluas akses kepada rawatan kanser berkualiti tinggi yang berpusatkan pesakit."Di DSH, kami terus menambah baik perkhidmatan agar lebih ramai pesakit dapat menerima saringan dan rawatan tepat pada masanya dalam persekitaran yang selamat dan menyokong," ujarnya.Unit berkenaan menyediakan pelbagai rawatan komprehensif termasuk kemoterapi, imunoterapi, terapi hormon serta perencat angiogenesis selain penjagaan paliatif bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit.Selain itu, fasiliti baharu tersebut turut menampilkan reka bentuk dalaman yang lebih segar dengan bilik rawatan khas untuk prosedur kecil bagi memastikan keselesaan dan privasi pesakit.Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Jabatan Onkologi DSH, Profesor Madya Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin; Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon; serta Ahli Lembaga Pengarah KPJ Healthcare, Profesor Emeritus Datuk Dr Azizi Omar.Dalam pada itu, Dr Aminudin berkata, walaupun kanser payudara antara jenis kanser paling mudah dirawat, ramai pesakit masih dikesan pada peringkat lewat, terutama dalam kalangan wanita muda.Beliau berkata, peningkatan kesedaran mesti diterjemahkan kepada tindakan proaktif dengan memastikan saringan awal dapat diakses oleh semua wanita bagi meningkatkan kadar kelangsungan hidup dan mengurangkan kesan rawatan jangka panjang....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description