Astro 10.10, Tawaran Hebat RM101 & Saluran Pop-Up LOL Penuh Gelak Tawa

1 day ago

Astro 10.10, Tawaran Hebat RM101 & Saluran Pop-Up LOL Penuh Gelak Tawa

Bila masuk bulan Oktober, ramai dah mula cari hiburan santai untuk hujung tahun — sama ada maraton drama, filem keluarga, atau rancangan lawak yang boleh buat lupa tekanan kerja. Kali ini, Astro tampil dengan kejutan berganda buat seluruh rakyat Malaysia: promosi eksklusif Astro 10.10 Jualan Epik dan kemunculan semula Saluran Pop-Up LOL (CH 100) yang dijamin penuh tawa.

Astro Raikan Oktober Dengan Tawaran Hebat

Sebagai peneraju hiburan tempatan, Astro terus berinovasi untuk memberikan nilai terbaik kepada pelanggan, bukan sekadar melalui kandungan premium, tetapi juga pengalaman menonton yang fleksibel dan mesra keluarga.

Bulan ini, penonton boleh menikmati dua tawaran istimewa yang dirangka khas untuk membawa hiburan terus ke ruang tamu dengan harga berbaloi.

Dengan kombinasi promosi menarik dan saluran pop-up serba lucu, Oktober dijangka jadi bulan paling menyeronokkan buat pelanggan Astro. Sama ada mereka peminat sukan, penggemar drama, pencinta filem, mahupun mereka yang sekadar perlukan “escapism” selepas hari panjang di pejabat.

Langgan Astro Serendah RM101 Sebulan

Dari 10 hingga 17 Oktober 2025, pelanggan baharu yang melanggan Pek Epic Astro One melalui laman web astro.com.my akan menikmati kadar istimewa RM101 sebulan selama 24 bulan — hampir separuh daripada harga asal RM199.99. Promosi ini membolehkan pelanggan menikmati hiburan premium selama dua tahun dengan nilai luar biasa.

Pek Epic Astro One menampilkan lebih 145 saluran dan 8 aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Disney+, HBO Max, Prime Video, iQIYI, Sun NXT, BBC Player dan beIN SPORTS. Ia juga dilengkapi dengan Astro GO, membolehkan penstriman serentak di empat peranti berbeza.

Dengan hanya RM101, pelanggan boleh menikmati rancangan tempatan seperti ‘Generasi: Perfect 10’, ‘Mutiara Dalam Debuan Kabus’, ‘Jika Cinta Itu Buta’, ‘Talk To My Manager’ serta musim terbaru ‘Gegar Vaganza’.

Untuk hiburan global pula, antara yang bakal ditayangkan termasuk Hell’s Kitchen: Battle of the States, The Great Australian Bake Off, The Rain Maker, Race Across the World dan banyak lagi, selain aksi sukan seperti Premier League, MotoGP Malaysia dan Piala Asia 2027.

Saluran Pop-Up LOL (CH 100) Kembali Dengan Kandungan Lucu

Selepas sambutan hangat tahun lalu, Saluran Pop-Up LOL (CH 100) kembali dari 15 Oktober hingga 16 November 2025, kali ini dengan lebih 100 kandungan lucu pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Cina, Tamil, Korea dan Inggeris.

Sempena musim Halloween, saluran ini menggantikan tema seram dengan hiburan ringan dan mencuit hati. Antara filem popular yang akan ditayangkan termasuk ‘Johnny English Strikes Again’, ‘White Chicks’, ‘Just Go with It’, ‘Are We There Yet?’, ‘Instant Family’ dan ‘Paul Blart: Mall Cop’.

Untuk penonton muda, ada filem seperti ‘The Tiger’s Apprentice’, ‘PAW Patrol: The Movie’ dan ‘The SpongeBob SquarePants Movie’. Tidak ketinggalan, barisan kandungan tempatan seperti ‘Dr. Pontianak’, ‘Jutawan Ekspres’, ‘Travelawak: Projek Bapak Bapak’, ‘Cun’, dan ‘Merewang Keluarga Pak Awang’, serta pilihan Korea seperti ‘Hitman: Agent Jun’ dan ‘Midnight Runners’.

BACA: Perodua P-Circle Super App Tampil Dengan Ciri Mobiliti Menyeluruh

Hiburan Untuk Semua Dengan Nilai Tiada Tandingan

Dengan tawaran promosi Astro 10.10 dan kembalinya Saluran Pop-Up LOL (CH 100), Astro terus membuktikan komitmen untuk memberikan hiburan menyeluruh kepada setiap lapisan penonton.

Nikmati bulan penuh gelak tawa, kejutan dan hiburan tanpa henti — semuanya di hujung jari anda.

Untuk maklumat lanjut atau melanggan Pek Epic Astro One, layari astro.com.my atau hubungi WhatsApp 03-9543 3838 untuk pertanyaan lanjut.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Maskulin ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description