Kuala Kemasin port ‘pemburu lobster'

1 day ago

Kuala Kemasin port ‘pemburu lobster'
BACHOK – Menjelang senja, kelibat pemburu lobster mula memenuhi benteng pemecah ombak di Kuala Kemasin di sini, bersedia untuk ‘menundukkan’ udang karang yang digelar hasil laut kayangan.Lokasi itu kini menjadi antara lubuk lobster paling popular di Kelantan dan telah menarik kehadiran kaki pancing dari pelbagai kawasan yang ingin menguji teknik serta kesabaran memburu.Jika sebelum ini Kuala Kemasin hanya dikenali sebagai lokasi rekreasi penduduk tempatan, kini ia turut menjadi tumpuan baharu pemancing yang sanggup bertenggek di atas batu-batu besar selama berjam-jam demi mendapatkan seekor lobster.Spesies lobster buluh berwarna hijau paling banyak ditemui di kawasan berkenaan dan aktiviti mengail biasanya aktif sehingga musim pra-monsun.Peniaga nasi lemak, Zarawi Mamat, 53, dari Cherang, Kota Bharu yang lebih dikenali sebagai Awie Garsia, berkata, aktiviti memburu lobster sudah menjadi hobinya sejak berusia 24 tahun.Menurut dia, waktu petang hingga senja merupakan masa terbaik kerana ketika itu lobster keluar dari sarang untuk mencari makan."Umpan terbaik ialah isi ikan, tak kisah jenis apa pun. Biasanya saya guna ikan selayang atau kembung. Waktu paling sesuai sekitar jam 6 petang ke atas kerana waktu itu lobster aktif mencari makanan," katanya ketika ditemui di Kuala Kemasin.Bapa kepada empat anak itu memberitahu, awalnya aktiviti itu hanya dilakukan penduduk setempat namun kini turut menarik minat ramai pemancing luar selepas lokasi tersebut tular di media sosial.Katanya, dia dan pemancing lain biasanya mengambil masa lima hingga enam jam untuk memperoleh seekor lobster."Bukan mudah, tapi semuanya bergantung pada rezeki. Bila lobster sambar umpan, kepuasan itu tak dapat digambarkan, lain rasanya daripada ikan."Hasil tangkapan saya hanya untuk makan sendiri, tidak dijual walaupun harga pasaran lobster boleh mencecah RM150 sekilogram," katanya.Sementara itu, Suhaimi Idris, 50, buruh dari Pasir Tumbuh berkata, aktiviti mengail lobster kini menjadi tarikan baharu di Kuala Kemasin selepas lokasi itu tular di media sosial."Bukan senang nak dapat, tapi kalau naik seekor pun dah kira jackpot," ujarnya.Bagi jurukimpal dari Pengkalan Chepa, Izzul Rosli, 25, pula, aktiviti memburu lobster menjadi cara terbaik mengisi masa lapang selepas bekerja."Memancing lobster lebih mencabar berbanding ikan. Itu yang buat kami rasa seronok dan satu kepuasan yang sukar nak digambarkan," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description