60 penduduk muntah, cirit birit minum air perigi tercemar bangkai merpati
1 day ago
BHOPAL, India – Seramai 60 penduduk di sebuah kampung di daerah Chhindwara, negeri Madhya Pradesh dilaporkan mengalami muntah dan cirit-birit selepas dipercayai minum air perigi yang tercemar akibat bangkai burung merpati.Pegawai Daerah Kecil Chhindwara, Hemkaran Dhruve berkata, pemeriksaan terhadap 150 keluarga di Kampung Rajola pada Rabu mendapati ramai mengalami simptom keracunan selepas menggunakan air dari perigi tersebut."Kami menemui empat ekor burung merpati mati di dalam perigi itu. Sampel air diambil dan didapati tercemar."Perigi tersebut segera ditutup dan air baharu digantikan pada Khamis," katanya kepada agensi berita ANI.Setakat ini, 120 pesakit telah menerima rawatan, manakala khemah perubatan akan dibuka di kawasan kampung untuk tempoh dua hingga tiga hari bagi pemantauan lanjut.Dhruve memaklumkan tiada pesakit dalam keadaan serius dan hospital sementara juga telah didirikan di bawah pengurusan jawatankuasa kampung."Tindakan akan diambil terhadap pihak yang didapati cuai termasuk jawatankuasa kampung, operator pam air dan setiausaha terlibat," menurutnya lagi.Insiden itu berlaku selepas tragedi di Madhya Pradesh baru-baru ini yang menyaksikan 20 kanak-kanak dan tiga individu dari Rajasthan meninggal dunia akibat pengambilan sirap batuk yang dipercayai tercemar....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️