Amanz
1 day ago
Menerusi larangan ini, kecenderungan kepada perilaku jenayah dapat dikurangkan dan pada waktu yang sama memulihkan tumpuan terhadap pelajaran serta akhlak. Sebelum larangan ini dikuatkuasakan, kerajaan akan mengkaji dasar dari negara lain yang telah melaksanakan larangan serupa. Buat masa ini penggunaan telefon pintar masih dibenarkan tetapi kerajaan masih bercadang mengambil tindakan lebih tegas.

Perdana Menteri turut menekankan betapa pentingnya kerjasama antara ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah dalam membentuk akhlak dan disiplin pelajar. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akan mengupas isu berkenaan dengan lebih terperinci kelak.
Sekiranya Malaysia menguatkuasakan larangan ini, ia menjadikan negara kita lebih ketat kawalannya berbanding China, Vietnam dan Australia. Di China pembangun aplikasi media sosial, penstriman video dan permua wajib menyertakan pula penggunaan aplikasi media sosial seperti Instagram, TikTok dan YouTube diharamkan ke atas pengguna bawah 16 tahun.
Sejak dua minggu kebelakangan ini Malaysia dikejutkan dengan insiden rogol dan tikam sehingga meninggal dunia. Dua insiden berprofil tinggi ini menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan pelajar di sekolah dan persoalan mengapa ianya boleh berlaku. Kementerian Komunikasi misalnya ingin memperkenalkan sistem eKYC untuk menggunakan media sosial oleh pengguna bawah umur sebagai antara langkah yang boleh diambil segera.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free