Wanita ambil cap jari lelaki mati demi tuntut hutang

1 hour ago

Wanita ambil cap jari lelaki mati demi tuntut hutang
HSINCHU - Seorang wanita di Taiwan dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan cap jari seorang lelaki yang sudah meninggal dunia untuk memalsukan dokumen pinjaman bernilai jutaan dolar Taiwan.Wanita berusia 59 tahun yang dikenali sebagai Li itu dilapor bertindak nekad memanjat ke atas van jenazah yang membawa mayat lelaki terbabit, dikenali sebagai Peng di sebuah pusat pengebumian di Hsinchu, barat laut Taiwan.Menurut laporan media tempatan SETN, keluarga mangsa menghubungi polis selepas melihat tingkah laku mencurigakan wanita itu ketika upacara penghormatan terakhir dijalankan.Siasatan mendapati, Li dan Peng sebelum ini terlibat dalam pertikaian hutang.Selepas mendapat tahu Peng meninggal dunia pada 21 Februari lalu, Li bergegas ke rumah mayat dengan membawa dokumen gadai janji palsu dan nota janji hutang bernilai AS$280,000 (RM1.32 juta)Dia mendakwa kepada petugas rumah mayat bahawa dia rakan rapat si mati dan ingin memberi penghormatan terakhir.Namun, ketika berada berhampiran mayat, Li dilihat membuka beg mayat sebelum menekan jari Peng ke atas sekeping kertas menggunakan dakwat cap jari.Tindakannya disedari pekerja rumah mayat yang kemudian memaklumkan kepada keluarga Peng sebelum polis tiba dan menahannya di lokasi kejadian.Pihak berkuasa turut merampas beberapa barang bukti termasuk dokumen gadai janji palsu, sekeping cek bank, dan pad dakwat.Li mengaku kepada polis bahawa dia berbuat demikian kerana bimbang wang yang pernah dipinjamkan kepada Peng tidak dapat diperoleh semula.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Li kerana kesalahan memalsukan sekuriti, namun hukuman itu digantung selama lima tahun kerana dia mengaku bersalah dan dokumen palsu itu belum digunakan.Hakim turut memerintahkan Li membayar denda AS$1,600 (RM7,560)dan menjalani 90 jam kerja khidmat masyarakat di jabatan kerajaan atau organisasi kebajikan awam.Seorang pekerja rumah mayat yang sudah dua dekad bekerja dalam bidang itu berkata, ini kali pertama dia menyaksikan kejadian seumpama itu.Insiden ganjil itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial di Taiwan, dengan ramai menyifatkan tindakan Li sebagai "tidak berperikemanusiaan'. Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description