Banjir kilat di Kulim, 158 mangsa dipindahkan ke dua PPS
1 hour ago
KULIM – Hujan lebat berterusan lebih dua jam pada Jumaat menyebabkan lima kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat, memaksa 158 penduduk dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, dua PPS yang dibuka ialah Surau As-Shahiddin Taman Sang Kancil dan Surau Paya Tok Betok.Menurutnya, pusat perlindungan itu masing-masing mula beroperasi pada jam 8.30 malam dan 11 malam."Seramai 143 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di PPS Surau As-Shahiddin, manakala 15 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Surau Paya Tok Betok," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, mangsa terdiri daripada 57 lelaki dewasa, 64 wanita dewasa, 33 kanak-kanak serta 14 warga emas dan tiga orang kurang upaya (OKU).Katanya, kawasan yang paling terjejas ialah Kampung Belakang Taman Sang Kancil di Mukim Lunas, selain beberapa kampung lain di Mukim Sungai Ular seperti Kampung Sungai Limau, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Kampung Paya Tok Betok."Agensi-agensi seperti APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela serta ketua kampung turut membantu dalam proses pemindahan dan pengurusan mangsa," ujarnya.Tambahnya, kekuatan logistik turut digerakkan termasuk dua buah bot, 10 jaket keselamatan, satu kayu penyukat, satu throw bag dan empat pasang kasut getah.Setakat jam 3 pagi pada Sabtu, keadaan cuaca dilaporkan baik tanpa hujan, manakala paras air di Sungai Limau dan Sungai Paya Tok Betok menunjukkan trend menurun."Orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke kawasan selamat," katanya lagi....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️