Nelayan Tumpat lega terima bantuan pukat baharu

1 hour ago

Nelayan Tumpat lega terima bantuan pukat baharu
TUMPAT – Harga pukat yang mencecah sehingga RM2,000 menyebabkan ramai nelayan pesisir pantai tidak mampu menggantikan peralatan tersebut sekiranya ia mengalami kerosakan, sekali gus berdepan kesukaran untuk turun ke laut.Mohd Noor Kadir, 57, yang berpengalaman 30 tahun sebagai nelayan berkata, keadaan itu bertambah rumit apabila cuaca tidak menentu pada tahun ini menyebabkan hasil tangkapan mereka merosot mendadak dan menjejaskan pendapatan harian.Menurutnya, kebimbangan itu terubat apabila menerima bantuan pukat serta kelengkapan daripada Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Etiqa Takaful."Selain mahal, biasanya pukat hanya mampu bertahan setahun sahaja."Selepas itu, ia mulai rosak serta boleh menjejaskan hasil tangkapan ikan. Alhamdulillah, bila dapat sumbangan pukat tanpa perlu keluarkan belanja, ia sangat melegakan kami (nelayan)," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa penyampaian pukat, tong ikan serta jaket keselamatan kepada 25 nelayan di Pantai Geting, di sini, pada Sabtu.Majlis itu dihadiri oleh Presiden IAM, Zawahir Abdullah dan Pengarah Wilayah Bahagian Pantai Timur, Etiqa Takaful, Muhammad Nurawi Abdul Rashid.Bagi Abdullah Sulaiman, 66, yang hampir empat dekad mencari rezeki di laut, pukat nelayan sering mengalami kerosakan akibat dilanggar bot pukat tunda.Menurutnya, situasi itu menyebabkan dalam setahun kemungkinan mereka perlu menukar pukat dua hingga tiga kali yang melibatkan kos tinggi.Dia berkata, dengan adanya bantuan seperti ini, ia dapat meringankan beban mereka yang mencari rezeki kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Sementara itu, Zawahir berkata, IAM bersama Etiqa Takaful telah membelanjakan hampir RM2 juta untuk membeli kelengkapan nelayan bagi membantu mereka meningkatkan sumber pendapatan."Ia melibatkan seramai lebih 1,500 nelayan di seluruh negara."Untuk tahun ini, Kelantan menjadi negeri ketiga selepas Perak dan Pahang yang menerima bantuan kelengkapan nelayan," katanya.Menurut beliau, harga pukat yang mahal sememangnya membebankan nelayan walaupun kerajaan telah membantu mereka dari segi subsidi serta bantuan musim tengkujuh.Jelas beliau, bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban serta mengukir senyuman dalam kalangan nelayan pesisir pantai....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description