Amanz
1 hour ago

Durioo+ sebelum ini menawarkan pelan bulanan mereka pada harga RM19.90 sebulan. Namun, kini Durioo+ turut hadir dengan , menawarkan pelan dinamakan Durioo Movie Pack pada harga langganan RM30 untuk tiga bulan. Ini sekaligus membawa harga langganan ia kepada RM10 sebulan, sekaligus dilihat lebih murah sedikit berbanding pelan langganan tahunan.
Pihak Durioo turut menyatakan harga langganan akan menjadi RM35 untuk tiga bulan selepas promosi pendaftaran ini untuk mereka yang melanggannya. Pengguna boleh mengakses 20,000 kandungan termasuk lebih 15 filem dibawah pakej ini, termasuk akses di 4 peranti secara serentak, serta sokongan penggunaan tanpa internet.
Durioo hadir dengan promosi ini selari pengenalan filem Goldbeak The Movie yang dialih-suara ke bahasa Melayu secara eksklusif di platform tersebut.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free