Wanita maut dalam kemalangan di Tanjung Malim, suami cedera

1 day ago

Wanita maut dalam kemalangan di Tanjung Malim, suami cedera

TANJUNG MALIM: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera ringan dalam kemalangan di Kilometer 96 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur hari ini.

Kereta Toyota Vios dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tembok pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.

Mangsa yang maut ialah Nur Syuhada Mohd Yusoff, 32 tahun, yang menaiki kereta sebagai penumpang hadapan.

Beliau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya berusia 34 tahun mengalami kecederaan ringan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim DSP Suhaimi Muhamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3 petang.

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Vios dipandu suami mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan, terbabas dan merempuh tembok pembahagi jalan hingga masuk ke laluan bertentangan,“ katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat.

Suami mangsa turut menerima rawatan lanjut di hospital yang sama. – Bernama

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description