'Kejam! Tergamak liwat, campak kucing dari tingkat 4'
1 hour ago
SHAH ALAM – "Kami terkejut dan sedih, tak sangka perkara itu boleh berlaku di kawasan perumahan ini."Itu reaksi penduduk Pangsapuri Randa, Seksyen 31 di sini susulan kes membabitkan seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai meliwat seekor kucing sebelum mencampaknya baru-baru ini.Rata-rata penduduk menyifatkan perbuatan itu kejam serta tidak berperikemanusiaan, selain melihat ia mungkin berpunca daripada lambakan warga asing yang tinggal di beberapa blok pangsapuri di kawasan berkenaan.Penduduk yang mahu dikenali sebagai Farah, 50, berkata, kes merupakan kejadian pertama berlaku sejak dirinya tinggal bertahun lamanya di kawasan berkenaan."Tergamak dia (suspek) lakukan perbuatan itu, mana sifatnya sebagai manusia?"Pada saya, mereka yang kurang waras pun tak terdetik hati untuk bertindak sedemikian," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.Katanya, sebelum ini dia pernah ternampak bangkai kucing dipercayai baru mati di bahagian tingkat bawah pangsapuri didiaminya."Masa itu saya dan suami baru pulang ke rumah. Saya nampak ada bangkai kucing, tapi keadaannya masih elok, tidak reput."Saya tak pasti sama ada kucing itu yang jadi mangsa atau bukan kerana kawasan ini memang banyak kucing. Tapi apa pun, kejadian kejam sebegini seharusnya tidak berlaku," katanya.Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Azri, 30, pula berkata, perbuatan tersebut amat tidak berperikemanusiaan."Saya sedih bila tahu kejadian ini. Sanggup ada manusia bertindak sedemikian. Tak kisahlah sama ada dia warga tempatan atau asing, itu bukan isunya."Lebih membuatkan saya geram, pelaku sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan dengan meliwat binatang," katanya.Dakwanya, lambakan warga asing mungkin menjadi antara faktor berlakunya jenayah seperti itu."Kawasan perumahan ini memang ramai warga asing, malah, ada beberapa blok pangsapuri di sini yang majoritinya terdiri daripada mereka."Apa yang berlaku ini kena lihat kepada gaya hidup mereka, misalnya suka mabuk. Bila fikiran tak waras, apa saja sanggup dilakukan," katanya.Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 40, pula berkata, kejadian itu membuatkan dirinya berasa takut untuk membiarkan anak bermain di luar rumah."Saya risau bila dapat tahu kejadian sebegini boleh berlaku di kawasan kediaman kami. Saya harap ia tidak berulang."Saya bimbang nak biarkan anak bermain di luar kerana tidak tahu bahaya apa yang menanti, saya harap kejadian jenayah kejam ini tidak berlaku lagi," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki Nepal bertindak meliwat seekor kucing sebelum mencampaknya dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning.Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, satu laporan polis diterima pihaknya daripada penghuni pangsapuri terbabit tepat jam 12.30 tengah malam pada Sabtu.Menurutnya, pengadu memaklumkan dia bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka telah melihat dari dalam kereta seorang lelaki dalam keadaan berbogel dipercayai meliwat seekor kucing.Suami pengadu kemudian naik ke aras empat pangsapuri untuk menegur tindakan suspek, namun suspek bertindak mencampak kucing itu ke bawah sebelum melarikan diri.Tambahnya, suspek tidak mempunyai sebarang masalah mental dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.Lelaki itu kini direman lima hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

