Royale Chulan Seremban rai 3,000 kanak-kanak, ibu bapa dalam acara Children’s Day Festival 2025
1 hour ago
BERLANGSUNG meriah selama dua hari, Children’s Day Festival 2025 anjuran Royale Chulan Seremban berjaya menarik 3,000 kanak-kanak dan ibu bapa untuk bersama-sama berhibur dalam pelbagai acara.Acara tahunan kali kedua yang berlangsung dari 22 sehingga 23 November lalu menjadi agenda ditunggu-tunggu ibu bapa, khususnya kanak-kanak untuk meluangkan masa terbaik bersama keluarga dalam suasana meriah dan santai.Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, Abd Halim Md Yusof berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan penyertaan ramai kanak-kanak yang tidak mahu melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, treasure hunt, pertandingan fesyen tradisional dan nyanyian."Penganjuran pada tahun ini menyasarkan hampir 2,000 pengunjung hadir, sebaliknya sambutan yang diterima kali ini lebih baik berbanding tahun lepas."Apa yang lebih mengujakan adalah jumlah rakan strategik pada tahun ini juga bertambah dan lebih banyak hadiah serta cabutan bertuah disediakan," katanya dalam satu kenyataan.Ujar beliau, idea penganjuran Children’s Day Festival 2025 tercetus daripada komitmen Royale Chulan Seremban untuk terus menjadi sebuah hotel yang bukan sahaja menawarkan pengalaman penginapan bertaraf premium tetapi juga menjadi sebahagian daripada komuniti tempatan."Kanak-kanak adalah aset masa depan negara dan kami percaya, sambutan seperti ini mampu memupuk nilai kasih sayang, kreativiti dan kebersamaan antara keluarga."Melihat sambutan menggalakkan terhadap program komuniti terdahulu, kami merasakan sudah tiba masanya untuk meraikan generasi muda dengan cara yang lebih meriah dan bermakna," katanya.Tambahnya, matlamat utama adalah mencipta satu platform yang menggabungkan elemen pendidikan, hiburan dan kekeluargaan dalam suasana yang ceria dan selamat."Sebagai sebuah hotel yang berperanan penting dalam sektor pelancongan dan hospitaliti di Negeri Sembilan, kami ingin menunjukkan bahawa peranan kami tidak hanya tertumpu kepada perniagaan semata-mata tetapi juga dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat," katanya.Menurut Abd Halim lagi, acara ini turut menjadi peluang untuk Royale Chulan Seremban menyumbang kepada pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah."Tahun ini, kami merancang pelbagai aktiviti menarik dengan konsep Fun, Learn & Inspire. Antara pengisian yang mencuri tumpuan termasuk pertandingan mewarna, menyanyi dan menari, pertunjukan fesyen, bengkel pastri kek serta persembahan maskot kegemaran kanak-kanak."Festival ini dijayakan dengan sokongan rakan kolaborasi strategik daripada pelbagai pihak termasuk jenama komuniti dan rakan media yang menyumbang hadiah dan sokongan logistik," katanya.Antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tentera Darat Malaysia (Kem 1 Briged), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan SnowLim Wonderland.Selain itu, PMB Investment, Chinese Maternity Hospital Specialist (CMH), Mawar Medical Centre, Aurelius Hospital, Adabi NS Trading, Anggun Cotton Collection, MCL Sunrise, Hayyan Huda Play Project, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Seremban, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Bahagian Kesihatan Pergigian dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).Abd Halim menambah, kerjasama berkenaan mengukuhkan lagi objektif festival untuk mewujudkan satu acara komuniti yang berimpak besar dan memberi manfaat kepada kanak-kanak."Kami telah menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) daripada PTPTN, cabutan bertuah dengan baucar penginapan di Royale Chulan Hotels & Resorts, goodie bags eksklusif untuk kanak-kanak, tiket Taman Tema SnowLim serta hadiah istimewa bagi pemenang aktiviti dan pertandingan yang diadakan."Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran istimewa seperti family weekend package khas sempena acara ini."Kami berharap Children’s Day Festival 2025 dapat menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh warga Seremban tetapi juga keluarga dari seluruh Negeri Sembilan dan kawasan berdekatan," katanya.Pada masa sama, beliau mahu festival ini dikenang sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan terhadap generasi muda.Dari sudut lain, pihak hotel juga ingin menjadikan acara ini sebagai bukti bahawa Royale Chulan Seremban terus komited dalam mengangkat nilai kekeluargaan dan kebersamaan masyarakat."Kami di Royale Chulan Seremban percaya bahawa setiap senyuman anak-anak membawa makna besar kepada masa depan negara."Children’s Day Festival 2025 adalah cara kami menghargai mereka dengan penuh kasih, keceriaan dan kenangan indah yang akan terus mekar dalam ingatan," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

