'Tanpa rakyat Thailand, mungkin kami kebuluran' - Pelajar UUM
1 hour ago
BUKIT KAYU HITAM – "Kami tak akan lupa jasa rakyat Thailand. Tanpa mereka, mungkin kami kebuluran".Itu luahan Aaisya Nor Akbar, 22, pelajar Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas akibat banjir besar di Hatyai, Thailand sejak Sabtu lalu.Menurut Aaisya, pengalaman itu amat menakutkan, lebih-lebih lagi apabila beberapa rakan mengalami masalah kesihatan dan semangat mereka mula goyah."Keadaan banjir sangat teruk. Kami sepatutnya pulang pada hari Sabtu, tetapi air naik mendadak menyebabkan kami tidak dapat bergerak ke mana-mana."Namun, rakyat tempatan sangat prihatin. Mereka bantu kami dengan menyediakan makanan walaupun hanya semangkuk bubur yang dikongsi. Tanpa mereka, kami mungkin tidak mampu bertahan," katanya dalam satu rakaman video yang dikongsi pihak UUM pada Khamis.Kesemua 36 pelajar dan dua pensyarah yang terkandas dalam perjalanan pulang ke kampus UUM dengan menaiki bas selepas operasi evakuasi berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Konsulat Malaysia di Thailand dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).Aaisya turut menzahirkan penghargaan kepada pensyarah yang sentiasa berada di sisi mereka sepanjang tempoh mencabar itu."Kami juga tidak putus-putus menerima kata semangat daripada keluarga, pensyarah, pihak universiti dan masyarakat tempatan. Ia sangat membantu kami kekal kuat," ujarnya.Sementara itu, Abdul Hannan Abdul Halim, 20, turut berkongsi pengalaman getir apabila mereka terpaksa berkongsi semangkuk bubur dan air bersih untuk tiga orang."Setiap hari kami hanya makan bubur yang dimasak oleh penduduk tempatan. Telefon pula kami cas guna bateri kereta yang dibawa keluar oleh mereka. Tanpa bantuan itu, kami mungkin kebuluran," katanya.Tambahnya, antara momen paling menyentuh hati adalah apabila pensyarah mereka sanggup meredah banjir sejauh 3 kilometer dengan berjalan kaki demi memastikan keselamatan pelajar."Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu, terutama pensyarah, universiti dan konsulat yang tidak henti-henti berusaha memastikan kami selamat dan dapat pulang ke tanah air," katanya lagi.Sebelum ini, media melaporkan operasi membawa pulang pelajar dan pensyarah UUM yang terkandas di Hatyai dijalankan pagi Khamis dengan koordinasi pihak konsulat dan NGO tempatan.UUM dalam kenyataan memaklumkan, mereka sentiasa memantau perkembangan pelajar dan berharap proses pemindahan berjalan lancar demi keselamatan semua yang terjejas....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

