Suria KLCC cipta rekod, perkenal gelanggang luncur luar pertama di Malaysia

1 hour ago

Suria KLCC cipta rekod, perkenal gelanggang luncur luar pertama di Malaysia
KUALA LUMPUR – Suria KLCC mencatat sejarah menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan memperkenalkan ‘The First Outdoor Skating Rink in Malaysia’ iaitu gelanggang luncur luar pertama seumpamanya di negara ini.Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, tarikan istimewa itu merupakan sebahagian daripada kempen perayaan ‘A Majestic Christmas’ yang berlangsung dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026.Menurutnya, gelanggang luncur luar yang dikenali sebagai ‘Festive Skating Experience’ itu mengelilingi pokok Krismas setinggi 80 kaki di pekarangan Suria KLCC, sekali gus menawarkan pengalaman luar biasa dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas"Ia dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025 dan dijangka menjadi antara tarikan utama musim perayaan yang bukan sahaja mencuri perhatian pengunjung tempatan, malah pelancong antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, pengiktirafan Malaysia Book of Records mencerminkan komitmen Suria KLCC dalam mencipta pengalaman luar biasa untuk orang ramai."Suria KLCC bukan sekadar destinasi membeli-belah tetapi tempat kenangan dicipta. Pengiktirafan sebagai gelanggang luncur luar pertama di Malaysia ini menandakan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman percutian yang lebih bermakna, imersif dan bertaraf dunia," katanya.Tambah beliau, bagi memeriahkan lagi pengalaman pengunjung, Suria KLCC turut menawarkan pelbagai ganjaran berasaskan jumlah perbelanjaan.Katanya, pembeli yang berbelanja RM500 ke atas dalam satu resit layak menikmati pengalaman meluncur untuk dua orang, manakala mereka yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-baucar membeli-belah bernilai RM100 selain pengalaman luncur yang sama.Francis menambah, selain Suria KLCC, kempen perayaan ini turut diperluaskan ke pusat beli-belah lain di bawah Suria KLCC Group iaitu Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description