Kebakaran dahsyat di Hong Kong: Tuntutan insurans cecah RM1.37 bilion
1 hour ago
HONG KONG – Sektor insurans dijangka berdepan tuntutan mencecah lebih HKD2.6 bilion (RM1.37 bilion) susulan kebakaran dahsyat di daerah Tai Po yang meragut lebih 55 nyawa pada Khamis, lapor South China Morning Post.Pengerusi Pihak Berkuasa Insurans, Stephen Yiu Kin Wah berkata, kebanyakan syarikat insurans telah mengambil tindakan segera bagi membantu mangsa kejadian itu."Talian hotline diaktifkan, proses tuntutan dipermudah dan dipercepatkan bagi memastikan mangsa menerima bantuan sewajarnya," katanya.Pada masa sama, Pihak Berkuasa Insurans turut menubuhkan pasukan khas bagi memastikan semua tuntutan berkaitan kebakaran diuruskan tanpa kelewatan.Kebakaran yang tercetus di tujuh bangunan Wang Fuk Court yang sedang diubah suai itu menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal sebelum api berjaya dikawal petang semalam.Persekutuan Penanggung Insurans Hong Kong memaklumkan anggotanya bersetuju mengetepikan keperluan sijil kematian untuk tuntutan dan memberi tempoh tangguh pembayaran premium kepada mangsa.Malah, pihak berkuasa Monetari Hong Kong bersama Persatuan Bank Hong Kong menggesa institusi kewangan memberi kelonggaran termasuk mempercepat permohonan pinjaman dan mengetepikan caj lewat bayar.Kali terakhir Hong Kong berdepan tuntutan besar ialah pada 2023, susulan kebakaran Hotel Kimpton yang sedang dibina, dengan kerugian antara HKD200 juta (RM106.2 juta) hingga HKD500 juta (RM265.5 juta)....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

