Tawar AS$3 bilion jika dapat buktikan bumi rata
1 day ago
NEW YORK – Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Sportswear, Tim Boyle, mencetuskan sensasi global apabila memberi cabaran kepada golongan yang mempercayai Bumi adalah rata.Ia sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran baharu syarikatnya, Expedition Impossible, Boyle menawarkan syarikatnya bernilai AS$3 bilion (RM12.3 bilion) kepada sesiapa yang dapat membuktikan 'hujung sebenar Bumi' melalui gambar yang sah.Dalam kenyataan terbuka yang diterbitkan di The New York Times dan media sosial Columbia, Boyle menyatakan bahawa beliau telah meneliti manifesto dan diagram golongan 'flat Earthers' dan menjemput mereka untuk membuktikan dakwaan mereka.Beliau menegaskan bahawa hanya bukti visual yang sah diterima, manakala helah seperti berdiri di tebing atau menukar nama kepada 'The Edge' tidak dikira.Boyle turut menggesa peserta memakai pakaian Columbia semasa misi itu, menekankan mesej jenama syarikat yang menonjolkan ketahanan pakaian luarannya.Walaupun bukti saintifik menunjukkan Bumi berbentuk sfera sejak zaman Yunani purba, gerakan mempercayai Bumi rata masih wujud, menjadikan cabaran ini tular dan menimbulkan perbincangan hangat di media sosial seluruh dunia.Kempen ini juga bertujuan memberi tumpuan kepada kreativiti dan humor jenama, sambil menarik perhatian kepada produk Columbia melalui pendekatan yang luar biasa dan provokatif.Boyle bagaimanapun menegaskan bahawa hadiah itu merujuk kepada aset entiti khusus yang bernilai kira-kira AS$100,000 (RM411,550), bukannya syarikat Columbia Sportswear secara keseluruhan, namun ia tetap menarik minat ramai dan menjadi topik trending di pelbagai platform. -Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

