12 pam air mudah alih ditambah atasi banjir genang di Bagan Datuk
1 day ago
POH – Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak mengambil tindakan segera dengan menambah 12 unit pam air kecemasan mudah alih bagi mengatasi masalah banjir genang yang melanda beberapa kawasan di Bagan Datuk susulan hujan ekstrem pada akhir November lalu.Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas daerah Bagan Datuk menjadi antara lokasi paling terkesan akibat hujan berterusan dari 23 hingga 27 November yang turut mencetuskan limpahan air sungai.Menurutnya, faktor topografi rendah, sistem saliran dalaman yang berada di bawah kapasiti, pembentung kecil, halangan tiang jambatan serta fenomena air pasang besar turut menyumbang kepada masalah banjir di daerah berkenaan."Selain tiga pam kekal berkapasiti 50 cusec di Rumah Pam Rungkup, JPS telah menggerakkan tambahan 12 pam mudah alih di beberapa lokasi strategik seperti Rumah Pam Rungkup, Tebuk Semani, Sungai Balai dan Sungai Nipah."Kerja-kerja mengorekpulih saliran di Tebuk Semani turut dilaksanakan bagi melancarkan aliran air keluar. Pemantauan setakat 9 Disember menunjukkan keadaan banjir genang semakin berkurangan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohammad Nizar berkata, daerah Bagan Datuk sememangnya terdedah kepada banjir disebabkan kedudukan topografi yang rendah dan jaringan parit yang berfungsi sebagai parit takungan menyebabkan aliran air ke laut bergantung sepenuhnya kepada pintu-pintu air.Menurutnya, bagi penyelesaian jangka panjang, JPS telah menyiapkan reka bentuk semula Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagan Datuk selepas menerima bantahan penduduk terhadap jajaran asal yang melibatkan pengambilan tanah."Terkini, setelah mengambil kira reka bentuk jajaran baharu, JPS bersedia untuk mengiklankan projek Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk ini dengan kos berjumlah RM87.6 juta pada April 2026."JPS Perak juga akan memohon tambahan projek RTB Bagan Datuk Fasa 2 melalui Rolling Plan Kedua, RMK-13 (Rancangan Malaysia Ke-13) bagi penyelesaian masalah banjir yang menyeluruh di daerah Bagan Datuk," katanya.Sementara itu, Mohammad Nizar mengingatkan semua pihak termasuk pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan agar memastikan kebersihan saliran serta pematuhan piawaian pembinaan dalam parit bagi mengelakkan aliran tersumbat.Beliau pada masa sama menasihatkan penduduk supaya mendapatkan maklumat melalui saluran sah serta terus bersabar sementara kerja-kerja mitigasi dilaksanakan....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

